Saturday, May 8, 2010

* Cerita PINDAH *

Assalaam alaykom... kembali bersiaran setelah lama menyepi dari berceloteh disini. Jika dahulu setiap hari bisa berceloteh...erm bulan Mei 2010 ini amat mencabar bagi saya. Bukan sahaja tidak sempat menulis, mahu menjenguk pun tak sempat juga. huhu. Kerna jadual perpindahan opis yang telah dipercepatkan dari tarikh jangkaan. Semuanya kategori "URGENT". Buka tender juga URGENT. Sampaikan orang lain sibuk mengemas, saya sibuk lagi menguruskan meeting. huhu.

Sampai satu ketika, saya seakan mahu menjerit surrender!!!! tak terkejar rasanya kerna tiada lagi masa untuk diri sendiri. Semuanya datang serentak.. semuanya mahu segera..semuanya mahu itu ini. Berkejaran saya bagaikan tak cukup nafas. Sampaikan pulang ke rumah juga membawa kerja. huhu. Minggu hadapan hanya berbaki 3 hari untuk bekerja, 2 hari mahu diperuntukkan untuk mengemas. Tetapi 3 hari itu, jadual saya sudah menanti 7 meeting untuk diuruskan. Kalo setakat hadir di meeting, mungkin bisa tersenyum. Ini mahu menguruskan meeting, mahu menyediakan semua keperluan meeting, mahu menyediakan laporan meeting... arggghhh!!!!! bakal menjerit lagi. Itu belum termasuk mahu menguruskan hal ehwal petugas2 khas perpindahan. hmm. Sesekali diuji, mahu hilang senyuman dibibir. make d'ua... moga saya bisa menempuhnya dengan hati yang cekal. InshaAllah.

okay..memandangkan secara tidak langsung saya terlibat dengan Jawatankuasa Induk Perpindahan BERNAS, secara ringkasnya menguruskan lebih kurang 298 staff ke MENARA HLA Kuala Lumpur, 22 staff ke Pejabat SOUQ Al-Bukhary Alor Setar, 10 staff ke Pejabat Jitra dan 93 staff ke Pejabat SAHOCA Kelana Jaya. Dan secara ringkasnya 3 perpindahan berlaku serentak, grrr.. mahu naik gila dibuatnya. Jika dirancang sebaiknya, mungkin ianya lebih mudah. Bayangkan Jawatankuasa Perpindahan ditubuhkan hanya sebulan awal dengan tarikh perpindahan. erm.. jika ada pihak yang menuding jari kepada ADMIN, sila kaji terlebih dahulu. ADMIN sepatutnya hanya badan perlaksana jika mendapat arahan.. tetapi kini ADMIN memikul tanggungjawab sebagai badan perancang, perlaksana, penggerak dan hal2 berkaitan. erm.. saya bertuah mendapat Ketua yang begitu baik hati yang harus dipuji, kerna beliau sanggup memikul semuanya. Semoga usaha beliau diingati dan diberkati. InshaAllah.


erm... berbalik cerita bakal opis baru yang terletak di Segitiga Emas Kuala Lumpur, bukanlah sesuatu perkara yang indah. Saya bakal menaiki tren kembali, bakal terpacak di stesen seawal pagi.. dan bakal berdiri di dalam tren sepanjang perjalanan pulang. huhu. Itu tidak indah!!!! Walaupun berdekatan dengan shoppin' complex, itu pun mungkin sekadar mampu mencuci mata. hmm.. Beberapa perkara yang sedikit menghiburkan hati sendiri bila mendapat workstation dan bilik tender yang baru. Tetapi bilik tender pula berjauhan dengan workstation saya. erm.. satu lagi perkara yang bakal menguji kecekalan di masa hadapan. Dengan berbaki kurang dari 1 minggu... kami bakal berangkat ke pejabat baru. Dan dengan baki itu, semuanya harus berjalan lancar seperti yang dirancang. InshaAllah.

erm..Selaku secretariat, saya berkesempatan melawat pejabat baru yang hampir 85% siap. Okay..mari layan sedkit gmbo semasa kunjungan ke MENARA HLA beberapa hari yang lalu.

MENARA HLA yang terletak di Jalan Kia Peng

permandangan dari bilik MD.. hehe.
owh..itu KLCC yang bakal saya menapak setiap pagi dari stesennya ke pejabat baru.

masa mencuri tulang... hiks!!!

discussion room.. bakal menjadi bilik meeting tender.. hehe

meeting room yang dilengkapi projector.
So lebih mudah selepas ini, tak perlu lagi berkejaran meminjam projector. btw..setiap aras mempunyai discussion & meeting room.

Admin & HR department di Aras 27

my new workstation!!!!! i love this green color.
teruja dengan whiteboard tu.. bley lekat2 gmbo nnt. ahaks!

bilik tender yang masih lagi dalam pembikinan.
yang penting saya ada bilik sendiri.. yeay!

ruang di dalam bilik tender. Di kelilingi kaca, teringat masa zaman bertugas di POD room.. macam dalam akuarium jek. hiks. {so muka harus sentiasa senyum!}

owh..yang nie terleby senyum... hiks!

last but not least... bergmbo dihadapan kaunter receptionist.
PEACE!!!!
Semoga migrasi ini memberi semangat baru, jiwa baru dan agar lebih berdedikasi. InshaAllah.

No comments:

Post a Comment