Friday, November 19, 2010

* callin' for BOWLERS *

Callin' for BOWLERS!!!!!

yea... tak sabar rasanya mahu bertemu dengan GGO. Aktiviti tahunan yang dinanti2.. Tahun ini memandangkan semua ahli GGO kesibukan, maka kejohanan bowling telah diaturkan, dan akan diadakan pada esok hari. Yang pasti tak sabar rasanya mahu bertemu kamu semua. RINDU sangat!!!

Memandangkan kejohanan tersebut bakal tercatat dalam diari GGO, maka persiapan awal telah dilakukan. Persiapan fizikal dan mental.. ahaks!!! {tips untuk gentarkan pihak lawan.. hahaha} owh.. last Wednesday sempat ke Bowling Sunshine Square yang baru dibuka kembali.. Decoration sangat cantik.. System interface semakin canggih.. lantainya sangat licin.. huhu. Nevermind... janji hati senang ditemani gelagat lil' Aiman yang sama sibuk bowling juga. hehe.

btw to GGO... ini sedikit tips from lil' Aiman untuk membowling dengan jayanya! ahaks.

key in nama bowlers

lil' Aiman mengambil tempat di lane no 20

pilih bola... lil' Aiman pilih ball no 6

kekadang pilih ikut warna.. belasah jek. hiks

good try walaupun masuk longkang... ahaks.

check point!

pergh!!! tengok gaya lil' Aiman... hahaha

si cilik jaga bola

sayang bola Aunty... yeay!

lap skali apa2 yang patut... hahahaha.

tengok tu semangat! tunggu bola.. lap bola.. tak henti2 main.. tak putus asa!

last but not least... check gmbo.. hiks!
{macam tau jek daddy Joe shoot gmbo.. hehe}

well well... all the best to GGO!!! Selamat BOWLING!!!! See you then.

* Selamat Hari LELAKI specially buat Tok BABA *

Alhamdullillah... dikala entry ini ditulis Tok BABA sudah dibenarkan pulang ke rumah setelah 3 hari berada di Hospital Pusrawi Kuala Lumpur kerana menjalani pembedahan di sebelah mata kiri dan mata kanan pula dilaser. hmm. Tok BABA ditahan sehari sebelum eidul adha..petang Selasa yang lalu. Yang sayu, sebaik keluar dari bilik pembedahan, Tok BABA menelefon hubby Moose atas bantuan cik misi untuk menanyakan keadaan Tok MAMI yang berada di rumah. hmm.

Pagi eid selepas solat, AYAH dan keluarga membawa Tok MAMI bersama beraya di hospital. Sebak juga bila memandang gmbo koleksi Ayah Ngah.. Tok MAMI dan Tok BABA berpegangan tangan, seorang di atas katil seorang di kerusi roda. hmm. SubhanaALLAH! Alangkah sucinya cinta mereka.. mekar! dan terus mekar!

Semalam selepas menghantar saya ke opis, hubby Moose sempat melawat Tok BABA. Alhamdullillah sudah dibenarkan pulang dan pastinya Tok BABA insan paling gembira bisa kembali bersama Tok MAMI.

di wad Pusrawi

Tok BABA masih lagi tersenyum melayan berita2 terkini di internet

with brother Umar

masa untuk sarapan

hubby Moose in candid!

advance tu.. sempat melayan iPhone4 lagi

tyme to go home

Ayah Ngah menyemak bil bayaran.. hehe

gembira hati Tok BABA mahu pulang

eik? ada yang sakit ker? hehe

brother Umar mahu merasa tidur di hospital ditemani cik misi.. hiks

well done.. let's go!

mendengar taklimat cik misi sebelum pulang

terima kasih kepada doktor dan cik misi yang menjaga Tok BABA sepanjang beliau di Pusrawi.


owh.. mengambil kesempatan ini mengucapkan SELAMAT HARI LELAKI kepada semua lelaki2 yang berada di sekeliling saya dan dimana jua anda berada. Special dedicated LURVE to hubby Moose, ABAH, AYAH, brother Joe, Tok BABA, Tok Kurus, brother in laws, cousins, jejaka GGO... brother Zizo, brother Nik, brother Didi and brother Adi, sahabat2 lelaki jauh dan dekat. ANDA tahu SIAPA anda! {nak tulis kalo mau panjang senarainya kerna kawan lelaki saya melebihi carta senarai kawan wanita.. ahaks!}

Thursday, November 18, 2010

* OUR nite with Blackie *

Assalaam alaykom... perjalanan dari utara menuju ke Kuala Lumpur pagi Khamis yang lalu lancar dan tak banyak kenderaan seperti malam sebelumnya. Mungkin masih ramai warga Ibukota yang terus bercuti sampai ke hujung minggu. Saya dan hubby Moose bertolak jam 2am dari Penang... gara2 bertemu dengan pengasas GAP, mr Rul Amin {alamak!! lupa pula mau snap gmbonya}

btw... sempat juga mr driver a.k.a mr photog shoot beberapa gmbo sepanjang perjalanan. Seperti biasa jika memandu di malam hari, mrs Cyana akan tidur. ahaks! {pity hubby Moose bertemankan lagu Maher Zain saja} Sedar2 rupanya hubby Moose berhenti di R&R Tapah sekali lagi untuk lelapkan mata. Seawal subuh baru kami bertolak... haaa dah pagi baru mrs driver ambil alih memandu.. vroom vroommm!

dari R&R Tapah di pagi hari

kabus menutupi jalan

wahhh!!! macam kat Genting Highland pula..
kalo naik ke Cameron Highland pun best gak nie.. ahaks!

sampai di Bernam Jaya.. jalan masih lengang

lovely scenery

berhenti di R&R Sg Buluh untuk bersiram

matahari terus meninggi... kenderaan pun makin banyak

okay... masa untuk pergi kerja!!!

Alhamdullillah... dipermudahkan perjalanan kami. Dapat juga mengutip pengalaman 'stuck in the jem' dan tidur di R&R. Menarik juga sesekali bak insan2 berchenta pula..datin' dalam kereta. ahaks. Buat sahabat2 yang masih bercuti.. Happy Holidays! Berhati2 di jalan raya . Memandu dengan cermat, ingatlah orang2 tersayang. SMILE!!!

* di malam EID *

Assalaam alaykom.. Eid Mubarak! Jika blogger lain entry penuh dengan gmbo berbaju cantik di pagi eid, well kali nie tak sempat mahu bergmbo memandangkan sampai Penang jek tepat2 waktu solat. Hanya sempat mandi dan terus ke masjid..huhu. Tapi hati gembira walau tidak bergmbo... kerna dapat berpimpin tangan bersama ABAH, MAMA dan hubby Moose pergi menunaikan solat eid di Madrasah Al-Ubudiah Bukit Gedung.

Ceritanya bertolak dari Shah Alam lewat tengah malam. Last minute bertukar rancangan untuk pulang ke kampung halaman {sistem gilir2 turn raya katakan.. ahaks}. IBU sibuk di dapur menyediakan soto ayam. Sempat lagi hubby Moose bawa bekal soto...Thanks IBU!!! thanks for soto and agar2 gula hangus yang sedap! Pesan IBU sebelum bertolak.. solat musafir, InshaAllah perjalanan akan selamat. Sebenarnya hati risau juga kerna bila saat2 akhir bertukar rancangan untuk pulang. Dengar pula kebelakangan ini banyak kemalangan ngeri.. bermacam2 bermain di minda. hmm. Syukur Alhamdullillah.. semasa entry ini ditulis, we all telah selamat sampai ke Shah Alam semula, hanya berada di Penang untuk eid. Tengah malam semalam bertolak pulang kerna saya perlu menghadiri mesyuarat tender, uhuks. Makanya dua malam tidur & mandi di R&R {ala2 driver lori pula.. hiks}

btw.. malam eid we all sangkut hampir 3 jam di kilometer 377 berdekatan persimpangan Slim River kerna terdapat kemalangan melibatkan 2 traler dan 2 buah kereta, Dilaporkan terdapat kematian.. ceritanya di sini. Actually masa lalu di sebelah traler tersebut, saya sempat melihat kaki yang dibungkus dengan plastik hitam. Ketika itu, bermacam baur rasa.. perjalanan masih jauh, niat mahu bersama keluarga. Ajal dan maut di tanganNYA... sampai masa pasti akan pergi jua. hmm.

memandangkan jem yang lama... mulalah gelisah. so mr driver melayan menembak di dalam kereta. erm.. sepanjang jalan we all layan Sami Yusof and Maher Zain songs.

berada di lane tengah

layan nite trail... ehehe

kereta kancil yang menjadi model utama. hiks

eh.. mrs co-pilot dah tidur.. ahaks!
pesan mrs co-pilot kepada mr driver, jika memandu malam pasti saya tak bisa bertahan mata. Tapi kalo memandu di siang hari anytime bley jek. hehe.

ngeh ngeh ngeh.. layan candid in the middle of jem.

end up.. bateri mr Niko kehabisan. So sampai jek di tempat kejadian tak dapat nak shoot lagi. hubby Moose berhenti tidur di Tapah. Bertolak semula subuh2 lagi menuju ke Pulau Pinang. Alhamdullillah sampai rumah jam 8 pagi dan terus bergegas ke masjid. End up tiada gmbo langsung kerna bateri belum sempat di caj. hehe.

Semoga pengorbanan kecil KAMI untuk bersama keluarga diberkati dan diredhaiNYA.