Thursday, February 14, 2019

* Behind the Scenes | Emir's 4th Birthday *

Assalaam alaykom... behind the scenes of lil' Emir's 4th Birthday  pastinya membuatkan saya mengukir senyuman dan gembira kerna berjaya membuat tema Dinasour iaitu salah satu permainan kegemaran anakanda Emir sejak kecil. Seingat saya dinasour diberi kepada lil' Emir kerna saiz yang mudah dipegang dan mulanya hanya memiliki seekor T-Rex dan kini mempunyai lebih banyak koleksi dinasour. Alhamdullillah kini anakanda lil' Emir bisa mengenal jenis-jenis dan menyebut nama dinasour walau pun haiwan itu tiada lagi wujud di dunia ini. hmm. 

Cabaran kali ini adalah persiapan di kediaman baru dek kerna rumah hanya 97% siap tetapi agak mudah kerna tidak perlu mengangkut barang dessert dan goodies ke luar dari rumah. Keletihan cuma selepas majlis tamat iaitu sesi mengemas dan mencuci pinggan mangkuk namun saya gembira apabila mengadakan majlis di rumah, hiasan sepenuhnya adalah pilihan saya seperti penggunaan pinggan, gelas dan sebagainya. hehe. owh..cabaran lain majlis dipersetujui diadakan pada saat akhir dan saya terpaksa menghadkan barangan yang mahu dibeli online serta debaran menanti barangan tersebut diterima pada hujung waktu. huhu. Dan cabaran terakhir, lil' Emir tiba-tiba mahukan tema 'penguin"???? erkkkk... (berdegup jantung Umy)

Barangan hiasan sedia ada digunakan semula dan hanya dilabelkan mengikut tema. Rupanya barangan hiasan birthday yang berkotak-kotak ditemui apabila memindahkan barangan ke kediaman baru tempoh hari. hiks. 'DO-IT-YOURSELF' items pastinya menjadi kegemaran saya untuk menyediakan barangan majlis demi mendapatkan sentuhan-bonda. hehe dan sedikit mencabar kerna ketika ini sedang berbadan dua bersama dua anak kecil membuatkan masa terhad untuk menyediakan goodies bag. Maka saya memilih satu hari semasa cuti menyediakan semua keperluan manakala anakanda berdua dihantar ke taska. hehe. So sempat saya menyediakan goodies, pergi ke kedai membeli barangan keperluan akhir serta menempah belon. happy-me!


ready for party!

the centerpiece


the e-card by hubby Moose


sesi survey dinasour

 cake topper, label dan mineral water by Parteeandsuch

 beg goodies untuk anak-anak

 label makanan bertemakan dinasour

 sesi membeli barangan untuk goodies yang bertema hijau

 dino! dino!

 sesi mengenal dinasour.. hehe

 setiap dinasour dilabel untuk dijadikan souvenior

 sesi packing goodies

 rock coklat mengikut tema zaman batu.. hehe


goodies begs yang telah siap 


beg goodies untuk tetamu

 semua barangan disimpan sebelum diterjah oleh anakanda Emir dan Eijaz

 kedai belon yang paling berdekatan dengan kediaman

 belon berwarna hijau dan belon tema dinasour dibeli online

 dessert table

 mineral water

gula-gula, kacang dan marshmallow disediakan di meja buffet

 persiapan buffet table by mrs Cyana


topi dinasour yang disediakan dengan sentuhan Umy Cyana

 buffet table yang telah siap hanya menanti ketibaan kek


kek ditempah dengan jiran terdekat dengan berimaginasikan tema dinasour


the dinasour cake


decoration by Me.. happy! 


persediaan meja makanan yang dihidang secara buffet


senduk turut sama disediakan kerna saya sememangnya agak cerewet dan details dalam urusan penyediaan barangan. hehe

 penyediaan makanan

 kelihatan mrs Cyana sibuk memastikan menu makanan dihidang dengan teratur


love this view yang bertema belon dinasour

 persediaan akhir hiasan untuk cake dinasour 


baju anakanda bertema dinasour 
(maafkan Adeq yang menangis sebab tetamu asyik nyanyi lagu untuk Emir.. hehe)


 peminat kek

 lil' Emir yang gembira dengan hadiah dinasour

 lil' Eijaz turut sama memberi dinasournya makan

terima kasih kepada semua yang memberi hadiah kepada lil' Emir. habis semuanya dibuka, tak sempat merakam gambar. huhu

Alhamdullillah majlis berjalan lancar dan pastinya saya paling gembira kerna bisa memberi keceriaan keapda anakanda terchenta. Maafkan kami seandainya ada kekurangan sepanjang  mengendalikan majlis dengan ruang kediaman yang agak terhad. InshaAllah jika diberi keizinan dan rezeki dapat bertemu lagi pada majlis yang akan datang. 

Thank you ALLAH swt.  

#emirturnsfour #emirsjourney #teratakcyanamoose


No comments:

Post a Comment