Alhamdullillah... I'm officially 39 tahun dan meraikan tangga tiga buat tahun terakhir sebelum memasuki fasa 40-an. Bulan Oktober berlalu dengan girang dan syukur masih diberi kesihatan yang baik dan kekuatan diri untuk menjaga keluarga kecil kami. Masuk sahaja ke November, saya telah kembali sibuk dengan persiapan program selain daripada menghadiri sesi mesyuarat tender yang kembali aktif pada hujung tahun namun mahu saya coretkan kenangan di blog kesayangan. InshaAllah pasti saya akan luangkan sedikit masa.. mengarang sambil melihat anak-anak dibuai mimpi adalah sesuatu yang indah. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada hubby Moose, lil' Emir dan lil' Eijaz, Abah, Mama, Ayah, Ibu dan keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan yang mendoakan kesejahteraan kepada saya. owh.. gambar sedang sorting dek kerna beribu lemon dan mahu memilih yang berkenaan jalan cerita sahaja dan pastinya gambar tersenyum gembira pabila mendapat hadiah dari Insan Terchenta. Thank you Again.
No comments:
Post a Comment