Thursday, November 22, 2018

* Officially 39!*


Alhamdullillah... I'm officially 39 tahun dan meraikan tangga tiga buat tahun terakhir sebelum memasuki fasa 40-an. Bulan Oktober berlalu dengan girang dan syukur masih diberi kesihatan yang baik dan kekuatan diri untuk menjaga keluarga kecil kami. Masuk sahaja ke November, saya telah kembali sibuk dengan persiapan program selain daripada menghadiri sesi mesyuarat tender yang kembali aktif pada hujung tahun namun mahu saya coretkan kenangan di blog kesayangan. InshaAllah pasti saya akan luangkan sedikit masa.. mengarang sambil melihat anak-anak dibuai mimpi adalah sesuatu yang indah. Saya ingin merakamkan terima kasih kepada hubby Moose, lil' Emir dan lil' Eijaz, Abah, Mama, Ayah, Ibu dan keluarga, sahabat-sahabat dan kenalan yang mendoakan kesejahteraan kepada saya. owh.. gambar sedang sorting dek kerna beribu lemon dan mahu memilih yang berkenaan jalan cerita sahaja dan pastinya gambar tersenyum gembira pabila mendapat hadiah dari Insan Terchenta. Thank you Again. 

* Coming Soon | Rice Warrior Challenge 2018 *

Sign up Now!!!


JOM RAMAI-RAMAI KE DARUL AMAN PARK, JITRA KEDAH
. . 
Tarikh : 8 Disember 2018
Hari: Sabtu
Masa : 6.30 pagi sehingga 11.00 pagi
Flag Off : 7.00 pagi
Jarak : 2.5KM atau 8.5KM (Open to Public)

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
AKTIVITI MENARIK MENANTI ANDA!!! 

= = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = = 
✔8.5KM Rice Warrior Challenge (Cabaran Individu-larian berhalangan) 
✔2.5KM Morning Fun Walk ✔ Zumba
✔ SpiderBoyz!!!
✔ Photo Booth 

✔ Cabutan bertuah 
✔ Dan banyak lagi!!! . 
Daftar sekarang! 
Sebarang maklumat lanjut anda boleh menghubungi wakil kami di talian 04-914 8802 (Pn Liza) atau 04-914 8907 (email: kelabbernasmalaysia@gmail.com) atau daftar online pada pautan berikut
https://goo.gl/forms/OxPG6cCKtcbqCLT53

Kongsikan pengalaman dan kenangan anda di post Instagram dengan #ricewarriorchallenge2018.

Maklumat lanjut @ Instagram & Facebook KELAB BERNAS MALAYSIA.
.
.
#JOM SHARE & TAG aktiviti sihat ini kepada keluarga, jiran-jiran & kenalan semua.
#ricewarriorchallenge2018#kelabbernasmalaysia
#darulamanpark



Assalam alaykom... Wanna meet my lil' Warrior? Jumpa anda di Darulaman Park. InshaAllah kami sekeluarga akan berada di sana untuk menghirup udara segar di Utara. Currently, saya sedang mempersiapkan program ini yang mana tiga aktiviti akan berjalan serentak pada hari yang sama iaitu Rice Warrior Challenge, Morning Fun Walk dan disusuli Kejohanan Futsal ke-10 KBM yang akan diadakan di sekitar Kedah. Doakan semuanya berjalan lancar. Dalam kekangan masa yang ada kurang dari 2 bulan, AJK Kerja sedang bertungkus lumus memastikan semuanya dapat dilaksana seperti perancangan. 


See you there.