Monday, March 19, 2018

* the colorful of BTS Rice Warrior Challenge *

Assalam alaykom... cerita ini hanyalah sekadar untuk kenangan dan yang pasti entry panjang dan penuh dengan gambar dek kerna ketika ini semuanya dirakam dan komunikasi AJK juga melalui medium Group What's App yang lebih mudah, berkesan dan effisien. Semua maklumat dikongsi dan kurang menggunakan email. Entry Behind The Scenes a.k.a BTS RWC harapnya dapat merakam keseluruhan jalan cerita yang penuh dengan cabaran sebelum bisa mengukir senyuman. 

Serba ringkas mengenai program ini, pada mulanya Presiden KBM berhajat mengadakan program berbentuk kekeluargaan dan yang dilihat mudah program larian yang kini merupakan program viral dan mempraktikan gaya hidup sihat. Maka AJK Pusat mencadangkan beberapa bentuk program dan pada asalnya mahu diadakan pada bulan Oktober. 

Namun sebelum ke penentuan akhir tercetusnya Rice Warrior Challenge a.k.a RWC, beberapa cabaran yang perlu dilalui saya senaraikan untuk catatan peribadi dan kenangan:
1. Cadangan program larian  perlu ditangguhkan kerna perlu menyerahkan program tersebut kepada Jabatan Komunikasi Korporat untuk diadakan pada peringkat penganjuran syarikat. Sehubungan itu, draf pertama dengan Konsultan juga perlu dibatalkan berikutan tiada lagi slot kosong Konsultan untuk penghujung tahun tersebut.
2. Selaku mastermind dan program coordinator, saya mencadangkan program sukan rakyat diadakan di kawasan parkir syarikat. Saya juga memanggil dua lagi Konsultan untuk membentangkan cadangan program. 
3. Seterusnya Konsultan Equip Management mencadangkan RWC dan sekali lagi cabaran perlu menukarkan tarikh berikutan pertindihan dengan program pengurusan syarikat. Namun kali ini, saya terpaksa memutuskan untuk meneruskan RWC kerna ketika itu telah melalui proses permohonan penggunaan jalan raya melibatkan pihak berkuasa tempatan. 
4. Berikutan pertindihan program, maka pihak KBM perlu menyediakan slot VIP dengan masa yang terhad. 
5. Alhamdullillah... akhirnya program pengurusan syarikat ditangguhkan dan CEO serta beberapa VIP turut hadir dari mula sehinggalah tamat program.
6. Untuk rekod, RWC adalah program pertama yang dianjurkan dengan penglibatan sebahagian warga luar dan mencapai target jualan 500 helai Tshirts, dan mendapat sumbangan terbanyak setakat saya menguruskan program KBM. 

okay.. berbalik kepada BTS RWC, syukur Alhamdullillah dengan kerjasama semua AJK dan Presiden, program berjalan dengan lancar, meriah serta mendapat sambutan diluar jangkaan walaupun sebenarnya kami mempunyai masa hanya sebulan menguruskan persiapan program. Sebagai program coordinator pastinya saya berkerja lebih masa pada setiap malam untuk merangka aktiviti dan banyak berbincang dengan Konsultan untuk memberikan yang terbaik kepada KBM. Selain itu, banyak juga permintaan untuk RWC 2.0.. InshaAllah akan diusahakan. Jom cerita dengan gambar ya... 

 the RWC medal yang cantik

 mesyuarat kali pertama dengan Konsultan run event


proposal pertama yang dibatalkan oleh pihak pengurusan

 sesi mesyuarat AJK RWC adalah yang terbanyak.. hehe

 AJK RWC sedang bermesyuarat

 bunting program

 sesi mesyuarat bersama Konsultan Equip

 sesi survey tempat penginapan peserta

 antara bilik yang dihias indah

 kad jemputan untuk VIP

 sesi penyerahan kad jemputan

 sesi perbincangan Team Hadiah & Pendaftaran

 sesi perbincangan Team Sukaneka dan Fleamarket

 poster program yang meriah dengan hadiah lucky draw.. by the way sebanyak 100 lucky draw disediakan


button badge untuk petugas

 hadiah wang tunai sebanyak RM5100 disediakan untuk pemenang


barangan program


goodies untuk AJK


sesi membeli hadiah

 penuh troli untuk pemeriksaan barangan elektrik

 my favourite sunflower

 staf Aeon sedang memeriksa barangan

 happy faces with two overloaded trolleys


hampers juga penuh dua troli

 sesi mencuba basikal

 dua basikal lipat yang dibeli untuk lucky draw

 bestnya basikal masuk troli

 team logistik menjalankan tugas mengangkut barang

 antara barangan penaja... tepung gandum

 beras 5kg

 TV untuk hadiah top 3... hadiah pertama merupakan Samsung 8 dan hadiah kedua adalah Apple Ipad

 AJK sedang menyusun barangan

 hamper untuk sukaneka

 sepanjang minggu saya berdoa mengharapkan cuaca cerah kerna ramalan cuaca menyatakan hujan

 antara collage AJK untuk kenangan bersama

 sesi mesyuarat

 sesi kerahan tenaga

 makluman yang ditampal dalam lif ... nervous sangat waktu nie!

 the final preparation day!!!! sehari sebelum program pun mesyuarat lagi.. hehe

 look at my team tekun mendengar amanat dari Presiden


mrs Coordinator in action... bla3x

 goodies untuk peserta disediakan

 Team Pendaftaran bersedia untuk runner-kit

 barangan di dalam beg goodies

 para peserta membuat pendaftaran


 mrs Coordinator pose bersama belon RWC

 mr YDP KBM HQ turut sama hadir memantau persiapan akhir

 hasil tangan mrs Coordinator untuk hadiah

 model cilik bersemangat menyokong Umy.. hehe


Alhamdullilah cuaca cerah pada hari program

 sambil peserta bersenam... mrs Coordinator selfie untuk BTS RWC

 mrs Coordinator with BERNAS CEO and Presiden KBM

 VIPs yang sangat sportin'!!!

 my lil' Emir turut hadir sebentar memberi sokongan... I almost cry dan hilang rasa penat

my supportive lovers!!!! plan asal nak bawa lil' Emir tetapi apa kan daya mrs Coodinator perlu fokus kepada perjalanan program

 thanks to ALL Sponsors!!!!

and thanks to my lil' supporter!!! terpaksa ditinggalkan di nursery tetapi tetap memakai baju sama warna RWC

credit to my RWC team especially the girls yang suka posing... hahahaha


sesi post-mortem RWC 

 sesi makan-makan AJK RWC setelah bertungkus lumus menjayakan program

 nyummy chicken chop

 half of AJK... selebihnya tidak dapat hadir

 magnum tyme

almond as usual

 sesi penyerahan momento penghargaan kepada AJK

 last but not least... potret kenangan team RWC bersama Presiden & YDP KBM HQ

 terima kasih atas kepercayaan yang diberikan kepada mrs Coordinator untuk menerajui RWC

kenangan RWC yang sentiasa akan segar dalam ingatan. Semoga dapat bertemu lagi pada masa akan datang dan mohon ampun dan maaf atas salah laku, terkasar bahasa atau apa jua kesalahan saya sepanjang mengendalikan RWC. InshaAllah jika diberi izinNYA, dapat kita bersua lagi. InshaAllah. 

#ricewarriorchallenge2017
#kelabbernasmalaysia