Assalaam alaykom... 19.01.18 telah 19 hari masa tahun baru berlalu. Happy 2018!!! Tak terasa seperti perubahan tahun kerna azam masih sama sehingga tiada lagi senarai azam pabila kehidupan seharian mendatar dengan tugasan semasa. Namun kini tugasan harian seakan lebih mencabar pabila hanya limit kerja setakat jam 5.30 petang. Pulang ke rumah melayan anakanda berdua sehingga lena dibuai mimpi dan keesokan hari kembali ke rutin yang sama. Tetapi saya masih lagi bertanya kepada diri apakah kurang efisien pabila terdapat "pending kerja" dan kekadang tidak dapat merehatkan diri walau seketika. Saya memujuk hati berkata tugasan harian di ofis sebagai mrs tender memerlukan lebih banyak kesabaran pabila berdepan dengan mereka yang ingkar prosedur atau berpura tidak memahami polisi semasa. Saya juga perlu bertenang pabila seharian perlu tersenyum di bilik mesyuarat kemudian bila mana orang berehat saya pula perlu menyiapkan laporan dan sebagainya. Walau sepenat mana tugasan, saya akur dan percaya itulah tanggungjawab dan rezeki saya untuk terus menerajui Unit Tender. Alhamdullillah. owh! yang pasti saya masih bisa tersenyum gembira selepas melihat wajah-wajah kesayangan.
Mrs Tender masih lagi memihak kepada warna kegemaran iaitu "the BLACK me!" dan apa yang penting harus yakin pada diri sendiri dan terus melangkah penuh gaya.
my favourite piece!
2018 saya akan lebih banyak meluang masa dan membesarkan lil' EAQ brothers dengan penuh kasih sayang dan semoga anakanda berdua diberi kesihatan yang baik. InshaAllah.
OUR Sweetheart!
look at them... the version of Me and the version of hubby Moose
Our creative family photo by hubby Moose dan semoga pembukaan tahun baru ini memberi rezeki kepada kami membesarkan anakanda dengan lebih sempurna. owh.. yang pasti lil' EAQ harus sedondon warna Umy.
Moose*Cyana*Emir*Eijaz
No comments:
Post a Comment