Monday, January 29, 2018

* SOUL && MUSIC *

"All the things yo said to me today, 
Change my perspective in every way, 
These things count to mean do much to me, 
Into my faith, you and your baby...

It's out there, 
It's out there,
It's out there,
 If you want me I'll be here...

I'll be dreaming my dreams with you, 
I'll be dreaming my dreams with you, 
And there's no other place, 
that I'd lay down my face, 
I'll be dreaming my dreams with you..." 

Dolores O'Riordan... The Cranberries


Era 1990, saya membesar dengan lagu dendangan kumpulan ini. Walaupun saya bukan peminat tegar namun lagu-lagu ciptaan penyanyi utama Doleres O'Riordon sentiasa penuh dengan bait kata bermakna dan lahir dari jiwa. Fesyen dan gayanya juga menjadi ikutan terutama sekali apabila beliau memakai dress dengan Dr Marten dalam video klip Dreams. Lagu Zombie dan Ode to My Family yang saya kira paling popular tetapi sebenarnya banyak lagi lagu yang sehingga kini masih terngiang di telinga dan sentiasa menjadi all time favourite saya dan peminat kumpulan The Cranberries. 



Rest in Peace Dolores O'Riordan...15th January 2018

Friday, January 19, 2018

* Happy 2018!!!*

Assalaam alaykom... 19.01.18 telah 19 hari masa tahun baru berlalu. Happy 2018!!! Tak terasa seperti perubahan tahun kerna azam masih sama sehingga tiada lagi senarai azam pabila kehidupan seharian mendatar dengan tugasan semasa. Namun kini tugasan harian seakan lebih mencabar pabila hanya limit kerja setakat jam 5.30 petang. Pulang ke rumah melayan anakanda berdua sehingga lena dibuai mimpi dan keesokan hari kembali ke rutin yang sama. Tetapi saya masih lagi bertanya kepada diri apakah kurang efisien pabila terdapat "pending kerja" dan kekadang tidak dapat merehatkan diri walau seketika. Saya memujuk hati berkata tugasan harian di ofis sebagai mrs tender memerlukan lebih banyak kesabaran pabila berdepan dengan mereka yang ingkar prosedur atau berpura tidak memahami polisi semasa. Saya juga perlu bertenang pabila seharian perlu tersenyum di bilik mesyuarat kemudian bila mana orang berehat saya pula perlu menyiapkan laporan dan sebagainya. Walau sepenat mana tugasan, saya akur dan percaya itulah tanggungjawab dan rezeki saya untuk terus menerajui Unit Tender. Alhamdullillah. owh! yang pasti saya masih bisa tersenyum gembira selepas melihat wajah-wajah kesayangan. 

Mrs Tender masih lagi memihak kepada warna kegemaran iaitu "the BLACK me!" dan apa yang penting harus yakin pada diri sendiri dan terus melangkah penuh gaya. 

my favourite piece!

2018 saya akan lebih banyak meluang masa dan membesarkan lil' EAQ brothers dengan penuh kasih sayang dan semoga anakanda berdua diberi kesihatan yang baik. InshaAllah. 

OUR Sweetheart!

look at them... the version of Me and the version of hubby Moose

Our creative family photo by hubby Moose dan semoga pembukaan tahun baru ini memberi rezeki kepada kami membesarkan anakanda dengan lebih sempurna. owh.. yang pasti lil' EAQ harus sedondon warna Umy.

Moose*Cyana*Emir*Eijaz