Tuesday, April 26, 2016

* my NINE years... UP AND DOWN *



Assalaam alaykom... Dunia tender penuh dengan pancaroba. Semoga ALLAH SWT terus memberi saya kekuatan untuk mengukir senyuman dan tidak menyakiti hati orang lain di kala waktu tekanan melanda dan di kala kekangan masa yang ada kadang saya juga tidak mampu untuk berdiam diri melihat ketidakpatuhan orang lain kerna saya mahu sebaik mungkin mengikut aturan dan seboleh mungkin menjaga tertibnya. 

Benar saya akur kini lidah pantas benar melontar kata dan benar saya takut kata-kata itu bisa menguris perasaan orang dalam tidak sedar kerna bila berada dalam kekalutan masa semuanya segera, mahu semuanya sempurna.... oh saya hanya Insan biasa yang mempunyai satu akal dan dua tangan sahaja. hmm. 

Benar kata kerja tidak akan habis, tetapi sebaik mungkin mahu ianya disedia sempurna dan mahu ianya menyenangkan jiwa. Minda perlu rehat, badan perlu rehat untuk menempuh hari esoknya yang penuh dengan agenda mesyuarat dan lain-lain ad-hoc yang semuanya mahu segera. Up and Down sembilan tahun telah berlalu sekelip mata dan tujuh tahun berada dalam dunia tender tentu sekali panjang ceritanya. Pasti bila ditanya prosedur tender ianya telah disebati dalam jiwa. Pasti jika tanya saya hanya akan dengar Boleh atau Tidak Boleh. oh kenapa saya banyak soalan? oh kenapa saya banyak songeh? oh kenapa saya banyak bunyi? kerna saya masih kekal di paksi yang sama menanggung semua apa jua yang jika ditinggalkan penuh contengan, saya yang akan memadamnya. People come and go... namun saya masih kekal disini dengan redha-NYA. InshaAllah. 

No comments:

Post a Comment