Tuesday, April 26, 2016

* my NINE years... UP AND DOWN *



Assalaam alaykom... Dunia tender penuh dengan pancaroba. Semoga ALLAH SWT terus memberi saya kekuatan untuk mengukir senyuman dan tidak menyakiti hati orang lain di kala waktu tekanan melanda dan di kala kekangan masa yang ada kadang saya juga tidak mampu untuk berdiam diri melihat ketidakpatuhan orang lain kerna saya mahu sebaik mungkin mengikut aturan dan seboleh mungkin menjaga tertibnya. 

Benar saya akur kini lidah pantas benar melontar kata dan benar saya takut kata-kata itu bisa menguris perasaan orang dalam tidak sedar kerna bila berada dalam kekalutan masa semuanya segera, mahu semuanya sempurna.... oh saya hanya Insan biasa yang mempunyai satu akal dan dua tangan sahaja. hmm. 

Benar kata kerja tidak akan habis, tetapi sebaik mungkin mahu ianya disedia sempurna dan mahu ianya menyenangkan jiwa. Minda perlu rehat, badan perlu rehat untuk menempuh hari esoknya yang penuh dengan agenda mesyuarat dan lain-lain ad-hoc yang semuanya mahu segera. Up and Down sembilan tahun telah berlalu sekelip mata dan tujuh tahun berada dalam dunia tender tentu sekali panjang ceritanya. Pasti bila ditanya prosedur tender ianya telah disebati dalam jiwa. Pasti jika tanya saya hanya akan dengar Boleh atau Tidak Boleh. oh kenapa saya banyak soalan? oh kenapa saya banyak songeh? oh kenapa saya banyak bunyi? kerna saya masih kekal di paksi yang sama menanggung semua apa jua yang jika ditinggalkan penuh contengan, saya yang akan memadamnya. People come and go... namun saya masih kekal disini dengan redha-NYA. InshaAllah. 

* Purpe Floor Manager @ Chengkau Rembau *


Assalaam alaykom... another update kerja kawin yang mana kali ini tugasan saya masih lagi sebagai mrs Floor Manager selain daripada pengacara bidang terjun dan juga menjaga lil' Emir dek kerna hubby Moose turut turun padang menjadi Official Photographer untuk majlis sepupu lelaki di sebelah keluarga AYAH di Chengkau Negeri Sembilan. Alhamdullillah, sejak menyertai keluarga besar Warisan Tok Mat, saya diberi tanggungjawab menjadi Floor Manager untuk semua majlis perkahwinan sepupu hubby Moose. lucu kan? tiba-tiba sahaja baru perasan perkara tersebut kerna setiap kali majlis, pastinya itu tugasan utama saya dan hanya bila keberadaan lil' Emir, tugasan itu lebih mencabar kerna saya perlu menjaga tentatif majlis disamping mencuri masa menyusukan lil' Emir. 

okay.. quick update kerna cerita #throwback. Rembau most wanted!!! 

tema purple!

 my lil' Emir yang masih lagi diam dalam stroller


ramai yang membantu sambilan menjaga lil' Emir

test mic! one two one two

with sista Farah orang kuat majlis

 Umy and lil' Emir

 Pak Uda menjadi wakil keluarga memberi ucapan


sambil bekerja sambil menjamu selera

family candid!

lil' Emir and Pengantin



lil' Emir and his Uncle Ngah

pose sebelum pulang

ahli keluarga Warisan Tok Mat


last but not least... pose bersama orang kuat majlis.
brother Zemy, abang sulung kepada Pengantin dan juga mr Emcee of the day. 

Terima kasih kepada keluarga Warisan Tok Mat yang sama-sama membantu menjayakan majlis perkahwinan ini. 

* mrs Floor Manager @ PKPS Wedding *

Assalam alaykom... a quick update with pictures. Kerja kawin tempoh hari yang berlangsung di Dewan PKPS Seksyen 14 Shah Alam yang mana tugasan saya sebagai Floor Manager diuji agak hebat dek kerna sambil bekerja sambil bersama menjaga lil' Emir yang turut sama hadir di lokasi majlis. The Wayfarers diberi tanggungjawab untuk menguruskan majlis perkahwinan kenalan anak AYAH yang mana tetamunya datang dari seluruh pelusuk dunia seperti German, England, Japan, Singapore dan Kanada. Kenalan dari pelbagai bidang seperti ahli akademik, ahli perniagaan dan ahli politik dan apabila menyambut tetamu dari luar negara, pasti majlis perkahwinan harus dilaksanakan dengan mengekalkan sedikit adat Melayu namun selari dengan tuntutan syariah Islam. Majlis ini lebih santai kerna pengantinnya sendiri mahu sesuatu yang ringkas dan membawa konsep Islam kontemporari. Tugas saya menyusun atur tentatif majlis dan memastikan semuanya berjalan lancar dari A to Z. Benar ianya tidak semudah dilihat. 

Alhamdullillah majlis berjalan lancar dengan keberadaan dua orang pengacara majlis selain daripada hubby Moose yang banyak membantu dalam bidang teknikal atau urusan di belakang pentas pelamin. Cabaran saya bermula seawal pagi yang mana menyelesaikan masalah teknikal yang telah mengambil masa berjam hanya dek kerna masalah komputer dan in-house sound system yang agak kurang up-todate untuk menampung keperluan spesifikasi teknikal {eh.. macam bunyi laporan tender. hehe}. Perinciannya biarlah saya simpan, tetapi menjadi pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan saya jika perlu berurusan di dewan ini, saya memerlukan outsource sound system. hmm. Selain itu, perubahan akhir tentatif program membuatkan sedikit hura-hara untuk menyusun atur kembali semua aturcara yang dirancang. Lucky me bekerja dengan dua pengacara yang berpengalaman, maka masalah dapat diatasi dengan jayanya. 

early morning... 8:30am

owh.. ini malam sebelumnya, sesi taklimat tentatif majlis

perbincangan bersama warga belakang tabir majlis

photo booth yang sedang disiapkan


kek pengantin

meja santapan yang serba indah

pelamin yang cantik dihias

rehearsal at bilik sound system

my lil' Emir

sambil bekerja sambil menjaga lil' Emir

pose at pelamin

sesi lawatan memeriksa pelamin

ketibaan pengantin

mrs floor manager in action

hubby Moose yang banyak membantu 

hubby Moose and lil' Emir di belakang pentas

technical section

mrs Cyana and my two beloved emcees

sesi bergambo selepas majlis

waktu untuk tersenyum riang bersama Pengantin 

AYAH & IBU bersama Keluarga Pengantin yang juga kenalan rapat dan juga jiran tetangga


last but not least... my lil' family with Pengantin. 

Thanks to ALL yang sama-dama menjayakan dan memastikan kelancaran majlis ini. 
Selamat Pengantin baru Faqih dan Syahidah!!!