Assalam alaykom... a quick update with pictures. Kerja kawin tempoh hari yang berlangsung di Dewan PKPS Seksyen 14 Shah Alam yang mana tugasan saya sebagai Floor Manager diuji agak hebat dek kerna sambil bekerja sambil bersama menjaga lil' Emir yang turut sama hadir di lokasi majlis. The Wayfarers diberi tanggungjawab untuk menguruskan majlis perkahwinan kenalan anak AYAH yang mana tetamunya datang dari seluruh pelusuk dunia seperti German, England, Japan, Singapore dan Kanada. Kenalan dari pelbagai bidang seperti ahli akademik, ahli perniagaan dan ahli politik dan apabila menyambut tetamu dari luar negara, pasti majlis perkahwinan harus dilaksanakan dengan mengekalkan sedikit adat Melayu namun selari dengan tuntutan syariah Islam. Majlis ini lebih santai kerna pengantinnya sendiri mahu sesuatu yang ringkas dan membawa konsep Islam kontemporari. Tugas saya menyusun atur tentatif majlis dan memastikan semuanya berjalan lancar dari A to Z. Benar ianya tidak semudah dilihat.
Alhamdullillah majlis berjalan lancar dengan keberadaan dua orang pengacara majlis selain daripada hubby Moose yang banyak membantu dalam bidang teknikal atau urusan di belakang pentas pelamin. Cabaran saya bermula seawal pagi yang mana menyelesaikan masalah teknikal yang telah mengambil masa berjam hanya dek kerna masalah komputer dan in-house sound system yang agak kurang up-todate untuk menampung keperluan spesifikasi teknikal {eh.. macam bunyi laporan tender. hehe}. Perinciannya biarlah saya simpan, tetapi menjadi pengalaman dan menambah ilmu pengetahuan saya jika perlu berurusan di dewan ini, saya memerlukan outsource sound system. hmm. Selain itu, perubahan akhir tentatif program membuatkan sedikit hura-hara untuk menyusun atur kembali semua aturcara yang dirancang. Lucky me bekerja dengan dua pengacara yang berpengalaman, maka masalah dapat diatasi dengan jayanya.
early morning... 8:30am
owh.. ini malam sebelumnya, sesi taklimat tentatif majlis
perbincangan bersama warga belakang tabir majlis
photo booth yang sedang disiapkan
kek pengantin
meja santapan yang serba indah
pelamin yang cantik dihias
rehearsal at bilik sound system
my lil' Emir
sambil bekerja sambil menjaga lil' Emir
pose at pelamin
sesi lawatan memeriksa pelamin
ketibaan pengantin
mrs floor manager in action
hubby Moose yang banyak membantu
hubby Moose and lil' Emir di belakang pentas
technical section
mrs Cyana and my two beloved emcees
sesi bergambo selepas majlis
waktu untuk tersenyum riang bersama Pengantin
AYAH & IBU bersama Keluarga Pengantin yang juga kenalan rapat dan juga jiran tetangga
last but not least... my lil' family with Pengantin.
Thanks to ALL yang sama-dama menjayakan dan memastikan kelancaran majlis ini.
Selamat Pengantin baru Faqih dan Syahidah!!!