Tuesday, December 16, 2014

* 8th Month | Maternity Photoshoot *

Assalaam alaykom.... sorry for being so silent. Mungkin kerna saya perlukan lebih masa berehat pada malam hari yang mana sebelum ini masa untuk berceloteh di blog kesayangan adalah pada waktu malam. Yes! I'm counting days.... telah masuk minggu ke 32 atau bersamaan 8 bulan usia kandungan. Jika sebelum ini, sibuk musykil kenapa perut tidak kelihatan..... kini semakin pening mahu memilih pakaian dek kerna mommy-to-be tidak membeli 'pregnancy dress'. erm.. saya hanya menyarung baju sedia ada. btw... perut mula kelihatan menjelang bulan kelima tempoh hari dan setakat catatan ini ditulis, Umy a.k.a mommy-to-be mengalami pedih ulu hati iaitu makanan susah dihadam dan akan termuntah semula. Dan apabila menjelang tengah malam, kesakitan di bahagian bawah perut mulai terasa mungkin kerna berat kandungan bertambah. owh... berat saya juga bertambah menyebabkan langkah mulai perlahan selaju 5 km/j. erk!!!??? tidak dapat tidak saya bayangkan bagaimana mungkin saya berjalan seperlahan itu. Dan bagaimana saya mulai secara terpaksa mengurangkan pergerakan fizikal dek kerna menahan kesakitan. Anyway... saya amat hormat kepada para ibu yang kental mengharungi dunia 'pregnancy' sebagaimana setiap dari mereka mungkin mengalami alahan sejak awal kandungan. hmm. 

Bila sahaja masuk ke fasa 3rd Trimester, mulai terasa detik menanti waktu bersalin seakan cepat berjalan. hmm. Kekadang terasa perasaan itu bercampur teruja, gembira serta gementar. Enough said! Biar my lil' One a.k.a Bebird sahaja yang berkongsi rasa kerna gerakan beliau itu membuatkan saya tersenyum walau menahan kesakitan yang entah bagaimana mahu digambarkan. btw.. thanks to Insan Terchenta yang sudi meluangkan masa merakam gambo-gmbo wifeynya. Apa yang bisa dikongsi mahu menghasilkan gambo ketika saya diminta duduk, seakan mahu berlinang air mata kerna kesakitan menyerang dan ketika itu saya hanya bisa mengundur badan secara mendatar saja. Bayangkan bagaimana perasaan jika seseorang itu aktif bergerak dan tiba-tiba ALLAH SWT menarik nikmatnya bergerak riang. SubhanAllah! Saya hanya mampu berdoa dan bertawakal ketika itu. 

Baiklah... mahu dikongsi bersama koleksi gambo Mommy-to-be menjangkau minggu ke 32 usia kandungannya. 

the lurvely piece by hubby Moose!!! syukran CYGku!

 Umy's smile

 make du'a for my lil' One


I'm ready to be a mother... InshaAllah.

 the signature pose

and this is the lurvely collage by Aby!

Thanks hubby Moose for the beautiful collections. 

well... my outfits of the day: Navy blue dress by Rina Salleh Clothing, chain by Marvic, hijab by Kamdar, ring by Hard Rock and sneakers by Converse.



1 comment:

  1. Bukan setiap wanita berpeluang mengalami detik-detik manis ini...

    Semoga Allah SWT mempermudahkan segalanya buatmu, Dik. :)

    ReplyDelete