Tuesday, June 24, 2014

* the Bowling Suka Suki *

Date: 22nd June 2014
Location: Pin Junction, Damansara

Assalaam alaykom... quick update mengenai aktiviti bersantai bowling bersama rakan-rakan pada hujung minggu yang lalu. Bowling Suka Suki diberi nama namun tidak mengecewakan setiap peserta membawa pulang goodies bag sarat berisi hadiah. Terima kasih kepada penganjur mrs Julia dan mrs Hanym, para penaja budiman dan terima kasih kepada mr photog Abam Nurifin yang tegar merakam detik dan suasana sepanjang kami beriadah. Okay.. jom layan gambo ya...

 pose with cutie lil' Muhammad Ali yang ringan di dukung.. hehe


registration tyme


mrs emcee in action.... 
{serius jek padahal free style merepek sorang-sorang}

 pose before start game

 the free style pose!


family bondin' tyme

 playin' tyme

 hadiah tyme.. hiks!

 hadiah merupakan dua goodies bags dan tiga pemenang utama turut menerima wang tunai

mr photog in pose


and mrs emcee in pose and smile


the 3G in pose

last but not least... pose kenangan beramai-ramai sebelum pulang!!! yeay!!!

Happy Us.... Thanks to ALL! 

* pretty Nervous *

Assalaam alaykom.... sit down and enjoy the show. Situasi semasa sedang lapar kerna ketika ini mata belum lagi mahu terlelap. Kebiasaannya waktu ini adalah masa tidur dibuai mimpi indah. hehe. So... bagi melayan muzik perut yang sedang berkeroncong maka berangan hendaknya mahu makan itu dan ini. hiks! well... orang kata jika sedang dalam mood gementar pasti selera makan bertambah, benarkah?

owhh... list to eat! nyumm! nyumm!

Nasi Ayam Istimewa at Grandmama's... nasi, telur mata kerbau, ayam goreng lazat, sambal udang dan rendang daging enak yang lembut isinya.

Nasi masakan Minangkabau dengan daging salai masak lemak, sup daging dan ayam goreng denden nyummy! 


owh... fruit to eat!!! apple! apple! apple! 


Still!!! the best air tangan masakan sendiri walaupun kurang enak namun tekak sendiri pasti rasa enak bukan? hiks! Nasi putih, telur dadar sos cili dan ikan pari kering!!!! arghhh!! sangat lazat! Timun dan tomato itu adalah hiasan jika di pinggan saya tetapi gambo tersebut adalah pinggan hubby Moose...so timun dan tomato adalah kegemarannya. 

Hubby asked me to eat SALAD. whattttttt?????!!!!! Salad???? So not ME! oppss! 

YES... I'm pretty Nervous at this point! right here on the dot. Good Night! 

Sunday, June 22, 2014

* Eyes can't Lie *


"You can't lie with your body, and you can't lie with your eyes"

I'm Happy. Thank you ALLAH swt!

Saturday, June 14, 2014

* I'm tryin' hard to ignore YOU!

Assalaam alaykom... I'm feeling well without YOU! Yes.. and I'm tryin' hard to ignore YOU! owhh dear!!! sesuatu yang sangat menguji hati dan perasaan kerna setelah beberapa lama bersama dan setiap detik bersama namun saya harus menidakkan yang saya amat suka! suka! suka KAMU... Teh Ais!!! huhu. Kini saya dalam fasa mencuba untuk tidak meminum teh ais. owhhh.. bayangkan jika purata satu hari adalah 2-3 gelas teh ais dan kini harus ZERO-teh ais!!!! agrhhhh!!! Yes!!! I'm tryin' hard here! Dan pastinya saya akan terus tersenyum walau diri terasa sangat lemah bila mana hari-hari tidak ditemani kamu, Teh Ais!

but I can't deny that You're always in my heart... cutie teh ais! 

So... this is an alternative to me... Fresh Orange! 

or Peel Fresh!

 or cookies and cream by Juiceworks.... for strong bones katanya.. hiks!

and this is my must have drink... the Chocolate drink! 

Setakat ini, seberapa jenis minuman tidak lagi mampu menggantikan tempatmu. okay... musim World Cup telah bermula... so I can have Hot Milo sambil melayan bola. wink!

well.. wish me luck! Cyana... you can do it!!!! 

Wednesday, June 11, 2014

* What is This Feeling? *


"Cyana... wake up!"
"Cyana... it's already six thirty"
"Cyana... please wake up!!"

I heard a whisper. Every single morning. Very  clearly! Am I lazy to wake up? What just happened?  

Assalaam alaykom... sebelum melelapkan mata dan sebelum bisikan yang sama berulang lagi esok hari, izinkan saya untuk berasa gembira buat seketika. Izinkan saya berkongsi rasa yang tak dapat diluahkan dengan kata-kata. Saya sendiri tidak bisa menghuraikan perasaan sebenar ketika ini... namun saya bersyukur kepadaNYA yang memberikan jiwa kembali bertenaga, memberikan hati sedikit kegembiraan, memberikan minda membuat pencaturan jika itu A jika itu B atau jika itu sebaliknya. Entah kenapa, sejak beberapa minggu yang lalu, badan semakin lemah tidak berdaya untuk bangun setiap pagi namun minda masih kuat menguasainya bahawa saya harus tegar menempuh hari-hari seterusnya. 

Jika keputusan hari ini membuat saya gembira, keputusan hari ini sedikit tidak secara tidak sedar melinangkan air mata kerna syukur saya masih mampu berasa masih ada harapan dan sinarnya. Tetapi minda masih memujuk hati jangan terlalu gembira kerna mungkin keputusan esoknya akan membuat saya bersedih dan hati kembali suram. Semoga saya akan terus tegar menempuhi apa sahaja yang bakal berlaku esoknya kerna saya percaya tidak setiap detik itu bisa membuat saya ketawa.... apabila menangis kesannya lebih mendalam kerna lukanya mungkin hilang tetapi parutnya akan kekal selamanya. 

What is This Feeling? A feeling heart.... Indeed. Sweet Dream Cyana! 

Sunday, June 8, 2014

* the Emcee VS the Coordinator *

emcee vs coordinator? which one suit me?

Assalaam alaykom... Pertama sekalinya saya ingin melafazkan syukur kepadaNYA yang memberi izin melancarkan semua urusan majlis perkahwinan selama dua hari yang mana saya turut diberi kepercayaan untuk menguruskan susun atur majlis tersebut. Yes! I'm nervous! Tugas saya adalah sebagai 'Event Coordinator' namun itulah tanggungjawab dibelakang tabir majlis yang saya kira amat penting bagi memastikan semuanya dilihat sempurna. Persediaan awal telah dijalankan, run-dry rehearsal juga telah diadakan sehingga ke larut malam. Dan cabaran paling getir apabila 'showtime' dan ketika itulah walkie-talkie tidak dapat berfungsi walau 5 minit sebelumnya berfungsi dengan baik. huhu. What did I do? I must react normal dan tidak cepat gelabah. btw... pengalaman bertugas sebagai 'Event Coordinator' juga membuatkan saya lebih banyak bersabar dan tidak mudah melenting serta sedia menerima tekanan. ohhh! bayangkan semasa program berlangsung dan terdapat sesuatu masalah... orang pertama yang akan menerima tohmahan adalah saya dan ketika itu juga saya perlu tenangkan orang lain serta bertindak segera menandangi masalah tersebut. hmm. 


Walau penat tak dapat terkata namun berbaloi apabila melihat kegembiraan wajah pada insan lain serta mendapat maklum balas yang amat baik.  Itu sudah cukup membuatkan saya berasa amat terharu. Tiga bulan lalu, saya menerima panggilan bahawa terdapat permintaan untuk mengendalikan majlis. ohh... ketika itu belum mendapat apa-apa rasa sehinggalah bertemu dengan bakal pengantin yang mana harapan mereka untuk mendapatkan majlis yang sempurna dengan sedikit suntikan kelainan. Permintaan itu adalah tanggungjawab saya bagi memenuhi hajat dan harapan. Menjelang majlis saya turut merasa debarannya selain daripada mengetahui bilangan angka tetamu serta tuan rumah mempunyai profail tinggi, maka protokol harus dititik beratkan. 

Alhamdullillah... client yang juga merupakan sahabat IBU mempunyai keluarga yang baik budi bahasa, sangat humble dan peramah. Keluarga besar mereka turut sama berganding bahu menjayakan majlis dan hal itu tentu sekali membuatkan saya lebih gembira bekerjasama dengan mereka yang ringan tulang dan walau keletihan tidak terasa kerna kami sering bergurau senda. Persiapan rapi telah disusun dan menjelang majlis sekali lagi membuat taklimat akhir kepada ahli keluarga selain taklimat kepada para petugas. ohh.. mungkin saya berasa sedikit kekok kerna agak lama tidak berbicara dengan mereka-mereka yang tidak dikenali. Memandangkan pada malam harinya saya sakit tekak dan bersuara serak, maka hubby Moose menghulurkan microphone... and guess what? I start talkin' and laughin'!!! hahaha. Pastinya saya mesra dengan keluarga mereka yang sangat terbuka dan bisa berjenaka sambil bertukar idea untuk memberikan yang terbaik. Thumbs up to the big happy family!

Just look at me!! non-stop talkin' tanpa skrip. hiks! Cerita penuh bakal menyusur kelak. Sekali lagi saya melafazkan syukur di atas kelancaran majlis dan semuanya pulang dalam keceriaan. Thank you very much! Syukran. 

ohh... berbalik kepada persoalan di atas, emcee atau coordinator? yang mana lebih bersesuaian dengan saya? Jawabnya yang lebih dekat dengan jiwa, saya lebih suka berperanan sebagai emcee yang dapat menyerikan majlis dan hanya perlu berdiri di pentas dan senyum. Namun tugas yang lebih mencabar adalah coordinator yang mana saya harus berjalan kesana-kesini serta bertanggungjawab memastikan kelancaran keseluruhan majlis. Ianya bergantung kepada pengurusan yang baik, kerjasama dan komunikasi dengan semua pihak. So Keep Smilin'!

Wednesday, June 4, 2014

* Hello June! *

Be nice to ME!


Assalaam alaykom... Hello June!!! Melangkah ke bulan ke enam yang mana bulan ini juga bakal memberi kenangan kepada saya kerna ianya bulan terakhir mata memandang Menara Berkembar KLCC, bulan terakhir lunch-shoppin' at Pavillion, bulan terakhir menaiki tren sebagai rutin ke ofis dan bulan terakhir mengharungi kesesakan kotaraya. ohhh... saya akan merindui semua itu. Tanpa sedar 4 tahun telah melalui rutin sebegitu, tanpa sedar saya sudah bisa membiasakan diri dengan rutin itu. Bayangkan jika esoknya saya tidak lagi menaiki tren, tidak lagi melihat warna-warni fesyen? erk... pasti bosan bukan. erm... mungkin untuk kembali membiasakan diri bekerja dengan jarak berhampiran kediaman itu pasti membuah senyuman dan bagaimana pula jika suatu hari bertukar lagi ke destinasi yang lebih jauh? Pasti akan menghadapi masalah untuk menyesuaikan diri. hmm. 

Anyway... walau apapun terjadi saya harus cekal menghadapinya dengan senyuman walau pasti dalam hati tiada siapa yang menduga bagaimana peratusan kegembiraannya. Benar kata lebih baik kita berada dalam kesusahan kerna apabila kita diberi kesenangan ianya membuah senyuman. Tetapi jika kita diberi kesenangan kemudian ditimpa kesusahan, entah bagaimana pula mahu terus tersenyum. Apa jua yang berlaku terhadap perubahan semasa, saya akur dan redha. Syukur kerna saya diberi kegembiraan dalam kesusahan. Semoga apa yang berlaku ada hikmahnya dan semoga terus diberi yang terbaik olehNYA. Semoga hari saya terus ceria seperti setiap hari melihat warna-warni pelangi walau penghujungnya ditimpa  hujan. Good Night!