Assalaam alaykom... hari ini adalah tanggal 31 Disember 2014, hari terakhir bagi tahun masihi 2014 sebelum esoknya akan bermula kalender dan fasa tahunan yang baru. Seperti sedia maklum, jika diimbas sejarah negra banyak peristiwa duka berbanding duka. Bermula dengan cuaca kemarau, kehilangan pesawat, tembakan rambang pesawat, banjir teruk melanda negara dan kenaikan harga barangan yang telah dikaitkan dengan GST (ehh.. masuk bab ekonomi pula). Jika disenarai dalam konteks saya dan alam pekerjaan, mungkin kesimpulannya biasa dan tidak seceria sebelumnya. Berbagai kerenah yang perlu diatasi walaupun kadang kala terpaksa menentang prosedur demi mandat dan kegilaan kuasa sesetengan pihak, pecahan warga kerja yang tidak berlandaskan strategi malah dihujung waktu pula mengeluarkan arahan yang kononnya mahu bertindak profesional namun menghampakan sahaja. Bak kata kenapa perlu melayan keremehan yang tidak sepatutnya. Jika berada di tangga atasan apa yang perlu di rencana adalah strategi syarikat bukannya hal pintu, hal tong sampah, hal kotak dan hal bekas air di tepi meja. oppss! enough said!
Berbalik kepada rumusan kehidupan kerdil saya pada tahun 2014, tentunya menerima berita berbadan dua itu sudah cukup membahagiakan keluarga kecil kami. Pastinya ada yang bertanya bagaimana. Jawapannya sentiasa berdoa dan tawakal kepada Yang Maha Esa. Saya dan Insan Terchenta tidak menjalani sebarang perubatan mahupun mengambil produk sampingan. Setelah mengesahkan dengan doktor bahawa kami berdua normal, kami terus sahaja menyerahkan segalanya kepadaNYA yang lebih berhak menentukan apa yang terbaik buat hambanya. Pengalaman berbadan dua setakat catatan ini dicoret, usia kandungan telah memasuki minggu ke 34 yang mana benar saya sedang menghitung masa. Sehingga catatan ini, saya tidak mengalami banyak masalah ketika mengandung dan hanya tidak selesa pada fasa terakhir ini dek tekanan dan perut yang semakin membesar. Semoga segala urusan melahirkan lil' One dipermudahkan dan semoga kami berdua sihat dan selamat hendaknya. Syukran Ya ALLAH!!! yang telah memberikan pengalaman yang sangat berharga ini. Ke mana sahaja pergi seperti berteman. Alhamdullillah.
Benar juga tahun ini tidak banyak berkata-kata kerna masa lebih banyak dihabiskan dengan sesi berehat. hmm.
mrs Moose by Insan Terchenta
hari pertama mendapat berita tentang kewujudan lil' One
the signature mirror reflection
semoga kami menjadi Aby & Umy yang bisa membesarkan lil' One dengan sempurna
Good Bye 2014! Where will I meet you lil' One?
Welcome 2015!!!