Friday, October 11, 2013

* my lil WISH *

Assalaam alaykom.... okay okay! diluar sana sedang sibuk dengan isu TPPA. Apa itu TPPA? Diringkaskan perjanjian yang bakal ditandatangani oleh negara kita Malaysia dengan negara Amerika Syarikat yang mana intipati perjanjiannya tidak di ketahui umum, dibuat secara sulit; yang mana dilihat tidak telus walaupun khabarnya mesyuarat telah bersidang sebanyak 19 kali namun bila ditanya dalam sidang Parlimen... tiada jawapan seperti yang diharap dapat penjelasan sewajarnya. hmm. Bak kata bila "Harga ayam naik!" jawab menteri "jangan makan ayam, makan ikan"... ohh! "Harga gula naik!" jawab menteri "kurangkan manis dalam minuman"... ohh! "Harga minyak naik!" jawab rakyat "bersyukur kerna kami masih diberi subsidi {yeker?} berbanding negara lain..." "tetapi negara kita ada petroleum bukan? ohh!! jika bisa mahu sahaja saya penuhi tangki kereta dengan air masak." okay! enough! diringkaskan mengkaji bagaimana kita dijajah? Bukan kerna penjajah serang dengan peluru berpandu ketika itu, penjajah hanya meminta pemimpin ketika itu turunkan tandatangan dalam perjanjian. Kerna itu juga, belajar sejarah banyak juga jenis perjanjian yang perlu dihafal. hmm. TPPA dilihat sebagai perjanjian intelektual yang didalangi oleh golongan kapitalis.owh.. teringat juga dengan dokumen yang tidak ditandatangani... adakah ianya sah dan bisa digunapakai. ohh! tolonglah berfikir secara kreatif dan logik untuk memberikan hasil yang maksima. 

okay... ceritanya bila sahaja masuk ke bulan Oktober, mrs Cyana mulalah memasang angan-angan sampai ke bulan. ahaks! bak kata hubby Moose... "birthday Cie lambat lagi" {erk... lagi 6 hari hilang angka 33---- whuaaaa!}. Lucunya wifey Cyana masih belum mempunyai kata putus apa yang mahu dimiliki sebagai hadiah. yes! I'm childish! nak itu nak ini tetapi akhirnya sampai tiada lagi keputusan yang bisa dibuat. hehe. Soooo..... redha sahaja hadiah yang bakal diterima... hiks! Tetapi dalam keredhaan sempat juga save the wishlist.... seperti dalam angan-angan.opps!

check it out.... !
- spa day? menarik juga kerna kunjungan terakhir ke spa adalah 5 tahun yang lalu.
- new laptop? ohhh!!! YES!!!!
- shopping? my hobby!
- gift cards? new make up product package cun juga kan?
- trip? nakkkkkkk!!!!
- new hair style? DONE! smile!
- handbag? erk... nak MJ.
- killpink? owhhh i need a new ring too!

Cyana!!!!!!... keep on dreamin'! but what I really want? hmmm...

HAPPINESS!
yang penting dapat bergambo dengan deretan kasut... i'm soooo happy!

 QUALITY TIME!

Quality time bersama sahabat baik juga memainkan peranan dalam mengeratkan perhubungan.

bak kata miss Amilia...
"you already know what you want.. but you keep asking the same question" hiks! 

CUTIE LIL STUFF 
yang bisa membuatkan bibir terus mengukir senyuman

 
LOVE and more LOVE!!!!! 
wifey Cyana and my lurvely hubby Moose and my lil' nephew Putra Rayqal.
{owh.. mungkin begitu gayanya bila mendukung anak sendiri.. hiks}
Doakan kami dikurniakan cahayamata... Ameen.


4 comments:

  1. Semoga Cyana dan Moose akan dikurniakan dengan cahayamata tidak lama lagi. Aminnnnn

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kakcik... terima kasih diatas doa yang berterusan.. semoga kakcik juga dapat menimang cucu. Ameen.

      Delete