Thursday, October 31, 2013

* Red for Energy *

Assalaam alaykom... what exactly happened to ME? I have no-TIME to write... or did I become so lazy to write? hmm. Mungkin jika ditanya pasti panjang berbaris senarainya kerna lumrah saya pasti akan menjawab atau berbahas sebelum bersetuju akan sesuatu perkara. owh.. diringkaskan sebab utama kerna pergi kerja sesudah subuh pulang hanya sesudah maghrib. Itu belum lagi mengambil kira jumlah tenaga yang digunakan sepanjang hari bersesak dengan pelbagai ragam, hidung menghidu berbagai bauan.. huhu. Namun yang pasti setiap kali jika berkesempatan tersenyum seorang diri di dalam lif, pastinya saya akan berusaha mengambil gambo kerna saya mahu menambah kesukaan untuk mengurangkan rasa keletihan minda. Hari ini sudah hari terakhir bulan Oktober... bulan yang dinanti-nanti sepanjang tahun telahpun meninggalkan saya yang semakin hari semakin akur dengan penambahan usia akui semakin kekurangan tenaga. Well...Last month I feel like I was doing good. I was a little depressed because lots of things going on.... and I was so excited to keep smilin' and make peoples around me happy too. InshaAllah. 

Anyway... let's recap my activities during October. 

owh dear.. more energy with red dress!!! 


Alhamdullillah... saya masih lagi diberi peluang untuk terus tersenyum


menambah pengetahuan mengenai komunikasi persekitaran agar tidak melatah melompat melenting pabila berbicara tentang sensitiviti agama

smile after work... yes! I do miss my 'floor manager tasks"

my cutie lil' things... keep me smilin'.

brainstorming session for procurement policies... 
erk? Am I too vocal? hmm.

yes... selain cincin... saya suka kasut! 
  
Red is energizing!!


"It signifies a pioneering spirit and leadership qualities, promoting ambition and determination. It is also strong-willed and can give confidence to those who are shy or lacking in will power.

Positive keywords include: action, energy and speed, attention-getting, assertive and confident, energizing, stimulating, exciting, powerful, passionate, stimulating and driven, courageous and strong, spontaneous and determined."

Happy OCTOBER mrs Cyana!!!!

Wednesday, October 23, 2013

* my birthday | hubby Moose *

Assalaam alaykom... kembali bersiaran dengan cerita minggu lalu sempena sambutan ulang tahun kelahiran mrs Cyana yang ke-34 tahun. btw hari ini adalah ulang tahun kelahiran my brother Joe a.k.a Pak Joe yang ke 35 tahun yang jatuh pada 23 Oktober 2013. Happy Birthday brother Joe!!! 

Memandangkan bila makin sehari makin kurang penulisan, saya juga akur idea mengarang semakin berkurang. Mungkin lebih cendurung ke arah ayat-ayat mesyuarat yang lebih berbaur formal dan skema dek buku sekolah. hehe. okay.. to cut it short ceritanya pada 16 Oktober 2013 lalu, pulang sahaja dari kerja terus menuju mencari destinasi makan-makan. Separuh juga bandar Shah Alam yang kami pusing akhirnya rezeki makan di Restoran  WIndmill, Plaza Shah Alam Seksyen 9. Lucunya hubby Moose terpaksa berkongsi dengan wifey kerna jika diambil 2 menu pastinya tidak habis maka kami memilih untuk mengambil satu set meal yang diberi  hadiah percuma. {wahhh!!! makan pun ada hadiah. hehe}

sabar ya hubby Moose!!! jangan makan sudu!

 starter.. bun comel

 diberi soup dan salad

 waktu untuk menjamah makanan


main meal..chicken & beef grill

 pinggan licin

 Alhamdullillah kekenyangan

dessert puding aiskrim


sebelum pulang diberikan hadiah oleh restoran.. thanks.


thats the bear!!! 
btw masa nie kad ucapan kosong.. 

 mrs Cyana && mr Moose


and the next day... Molly & Jolly penjaga kad

 look at the Instagram's symbol

Thank you CYGku Mucab... 
Cie CAYANG Mucab!!!!! 

LURVE is in the AIR!!!! 


Saturday, October 19, 2013

* the SAME OLD me *

 ME && ME

Assalaam alaykom... sambil berehat dalam cuaca sejuk setelah masuk musim tengkujuh yang mana hujan senantiasa membasahi bumi Malaysia, Alhamdullillah. Apa yang istimewanya bulan Oktober selain dari menyambut bulan kelahiran ianya juga bulan yang mana saya memilih untuk berhijab, Syukur Alhamdullillah. Tempoh hari pulang ke kampung halaman terlihat gambo mengenakan hijab ketika sambutan eiduladha... ermm.. mungkin ketika itu berusia awal 20+. Menarik juga sesekali mengamati gambo-gambo lama yang bisa mengimbas kenangan. Tak banyak beza usia 20+ dan 30+... cuma terpancar wajah kematangan walaupun hakikatnya masih manja seperti Itik bak kata hubby Moose.. hiks! owh... saya harus akui sesetangah perkara agak susah mahu ditukarkan terutamanya melihatkan perbuatan dan makanan. Cuma kini saya semakin hari semakin makan pelbagai makanan walaupun terpaksa menjamah makanan dalam kuantiti yang lebih sedikit agar badan tidak terus berkembang menjadi lebih besar. hehe. Selain itu juga mula kelihatan garisan-garisan halus di bawah mata dan paling ketara badan mahukan rehat yang lebih lama. owh... harus tinggalkan teh ais? ohh NO! big NO! ahaks! Keep smilin'! Gudnite!

Wednesday, October 16, 2013

* owh.. I'm Thirty Four!!! *

Assalaam alaykom.... I'm THIRTY FOUR today!!!! Alhamdullillah. Syukur kepada ALLAH swt yang memberi insan kerdilnya ini terus bernafas dan menghirup udara di muka bumi. Syukur kerna saya diberikan kesihatan yang masih baik setakat ini tanpa penyakit kronik. Syukur kerna saya diberikan rezeki untuk terus melangkah bertenaga menunaikan tanggungjawab sebagai seorang ummah kepada agama, bangsa dan negara terchenta. Syukur kerna dilimpahkan kasih sayang yang tidak terhingga... semoga saya terus dalam golongan yang sentiasa disayangi dan disenangi. Syukur kerna insan-insan di keliling saya juga masih terus mendampingi dan menceriakan hari-hari saya. Hanya padaMU ALLAH Yang Maha Pengasih tempat hambamu ini memohon doa dan terus berdoa atas segala yang telah KAU kurniakan kepadaku. Hanya padaMU ALLAH Yang Maha Penyayang tempat hambamu ini terus bersujud syukur agarku menjadi insan yang KAU kasihi. Ameen. 

Tepat jam 12 tengahmalam... wifey Cyana menerima What's App dari Insan Terchenta... dan tertera gambo terkini pipi kembung.. hiks. Jelasnya hubby Moose seorang yang romantik dalam diam. hehe. Happy me!!! Walau hanya sekeping gambo, ianya bisa membuat saya tersenyum dalam tidur yang lena.
 
Pesan hubby Moose balik segera kerna ada temujanji makan malam bersama. Yeay!!!

 
 syukran CAYANGku!!!!

 the symbolic of LOVE!!!

 
my cute birthday teddy bear and lovely card from hubby Moose.
Thanks for lovely birthday dinner!!!!

 
thats ME in my new polkadot outfit!
Alhamdullillah diberikan rezeki dariNYA untuk mendapatkan pakaian baru sempena ulang tahun kelahiran

 mrs Cyana @ 34 years old!!!!

 
 mrs Cyana's IG signature!! 

Thanks to all friends yang memberikan ucapan di What's App, IG, FB dan blog. 
Kalian menceriakan hari saya dan terima kasih atas doa-doa kalian semua.

May ALLAH bless ME with more lurve, iman & taqwa.

Friday, October 11, 2013

* my lil WISH *

Assalaam alaykom.... okay okay! diluar sana sedang sibuk dengan isu TPPA. Apa itu TPPA? Diringkaskan perjanjian yang bakal ditandatangani oleh negara kita Malaysia dengan negara Amerika Syarikat yang mana intipati perjanjiannya tidak di ketahui umum, dibuat secara sulit; yang mana dilihat tidak telus walaupun khabarnya mesyuarat telah bersidang sebanyak 19 kali namun bila ditanya dalam sidang Parlimen... tiada jawapan seperti yang diharap dapat penjelasan sewajarnya. hmm. Bak kata bila "Harga ayam naik!" jawab menteri "jangan makan ayam, makan ikan"... ohh! "Harga gula naik!" jawab menteri "kurangkan manis dalam minuman"... ohh! "Harga minyak naik!" jawab rakyat "bersyukur kerna kami masih diberi subsidi {yeker?} berbanding negara lain..." "tetapi negara kita ada petroleum bukan? ohh!! jika bisa mahu sahaja saya penuhi tangki kereta dengan air masak." okay! enough! diringkaskan mengkaji bagaimana kita dijajah? Bukan kerna penjajah serang dengan peluru berpandu ketika itu, penjajah hanya meminta pemimpin ketika itu turunkan tandatangan dalam perjanjian. Kerna itu juga, belajar sejarah banyak juga jenis perjanjian yang perlu dihafal. hmm. TPPA dilihat sebagai perjanjian intelektual yang didalangi oleh golongan kapitalis.owh.. teringat juga dengan dokumen yang tidak ditandatangani... adakah ianya sah dan bisa digunapakai. ohh! tolonglah berfikir secara kreatif dan logik untuk memberikan hasil yang maksima. 

okay... ceritanya bila sahaja masuk ke bulan Oktober, mrs Cyana mulalah memasang angan-angan sampai ke bulan. ahaks! bak kata hubby Moose... "birthday Cie lambat lagi" {erk... lagi 6 hari hilang angka 33---- whuaaaa!}. Lucunya wifey Cyana masih belum mempunyai kata putus apa yang mahu dimiliki sebagai hadiah. yes! I'm childish! nak itu nak ini tetapi akhirnya sampai tiada lagi keputusan yang bisa dibuat. hehe. Soooo..... redha sahaja hadiah yang bakal diterima... hiks! Tetapi dalam keredhaan sempat juga save the wishlist.... seperti dalam angan-angan.opps!

check it out.... !
- spa day? menarik juga kerna kunjungan terakhir ke spa adalah 5 tahun yang lalu.
- new laptop? ohhh!!! YES!!!!
- shopping? my hobby!
- gift cards? new make up product package cun juga kan?
- trip? nakkkkkkk!!!!
- new hair style? DONE! smile!
- handbag? erk... nak MJ.
- killpink? owhhh i need a new ring too!

Cyana!!!!!!... keep on dreamin'! but what I really want? hmmm...

HAPPINESS!
yang penting dapat bergambo dengan deretan kasut... i'm soooo happy!

 QUALITY TIME!

Quality time bersama sahabat baik juga memainkan peranan dalam mengeratkan perhubungan.

bak kata miss Amilia...
"you already know what you want.. but you keep asking the same question" hiks! 

CUTIE LIL STUFF 
yang bisa membuatkan bibir terus mengukir senyuman

 
LOVE and more LOVE!!!!! 
wifey Cyana and my lurvely hubby Moose and my lil' nephew Putra Rayqal.
{owh.. mungkin begitu gayanya bila mendukung anak sendiri.. hiks}
Doakan kami dikurniakan cahayamata... Ameen.


Tuesday, October 1, 2013

* Hello October! *

Assalaam alaykom... owh!! pagi-pagi lagi saya sudah ketawa sampai ke telinga dek kerna miss Tender mengeluarkan 'lipstick' merah. So.. apa yang lucunya? kerna kami berdua mencoretkan lipstick merah menyala seperti warna epal merah.. erk? cili merah mungkin lebih tepat warnanya. hiks! Lucunya sudah sekian lama tidak melihat bibir semerah itu... kali terakhir mungkin 10 tahun yang lalu. bermakna mungkin ketika usia di ambang 20-an. ahaks! well well... it's October! Lupakan lipstick merah... yang penting kasut merah! yes! 

my RED lurve cutie ring

 my RED reflection

 my RED casual day

 my RED shopping day

 my RED && BLACK shoes... thank you MAMA! 

owh.. merah-merah delima, siapa yang baik hati? 
mesti-lah orang yang tulus ikhlas dalam menjalani kehidupannya. peace!