Assalam alaykom 24.01.24!!!
Mungkin masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Tahun Baru 2024 kepada semua yang membaca nukilan ini. Benar saya amat rindu untuk menulis, mencatat, atau lebih mengabdikan kenangan di blog, namun saya akur dengan batas masa.InshaAllah, jika diberi keizinan saya akan kembali ke landasan papan pena.
Harian bersama tiga anak yang masih kecil bagaikan tidak cukup 24 jam. Jadual bermula jam 5:30 pagi sehinggalah 10:00 malam. Waktu rehat adalah selepas anak-anak melelapkan masa. Biasanya mereka akan bermain 30-60 minit di kamar sebelum tidur. Kerna itu tidak hairan jika rutin saya mengemas kini Instagram pada waktu tengah malam sahaja. Memandangkan hubby Moose banyak bekerja di luar kawasan dengan jadual yang kekadang berubah, maka anak-anak lebih masa bersama saya. Kami terangkan dengan jelas agar anak-anak memahami keperluan tanggungjawab kerjaya yang seakan membataskan masa bersama.
Hubby Moose pernah berkata "Jadual orang politik tidak tetap, harus sentiasa bersedia." Benar! Walau pun beliau bukanlah seorang ahli politik, tugasannya dibelakang tabir ahli politik maka rentaknya perlu seiring malah lebih rancak memandangkan beliau perlu mengedit video/gambar/poster selepas program atau mana-mana acara. Secara tidak langsung, saya harus bersedia dan memahami malah saya sendiri harus cakna tentang perkembangan politik semasa. Bak kata "Jangan tanya tentang gosip artis atau drama terbaru... saya tidak tahu. Tetapi jika tanya isu semasa atau hal berkaitan politik, mungkin saya bisa mengulasnya... :) Dan kini saya lebih akur kepentingan sejarah dan politik. hehe.