Assalaam alaykom... seperti yang dijanjikan dan coretan yang mahu saya lakar untuk kenangan masa hadapan. Alhamdullillah saya dapat bertugas di majlis perkahwinan anak mrs Zuraida, my former Head NRPD. Sebelum bersara, beliau pernah berkata akan menjemput saya untuk menjadi pengacara majlis. Impian menjadi kenyataan, rezeki saya untuk kembali membantu apa yang termampu. Saya sebenarnya agak gugup pabila pada awal tahun menerima message yang ketika itu majlis masih dirahsiakan dari pengetahuan umum. Saya kira beliau juga-lah yang meluluskan pindahan saya ke Jabatan Komunikasi Korporat atas kepercayaan bakat saya menerajui pentas.
Berkat doa dan Allah sebaik penentu, kedua-dua anaknya melangsungkan majlis serentak dalam tahun yang sama pada 9 September 2023. Walau saya bisa rasa tekanan yang dihadapi, namun saya percaya beliau seorang yang kuat, teliti dalam perancangan dan teratur sehinggalah ke tamat majlis berjalan dengan lancar.
…
Behind the Scenes of the wedding, Whatsapp discussion, pre-meeting, venue visit, rehearsal & wedding day! Alhamdullillah berkat doa dan perancangan rapi dapat merealisasikan majlis perkahwinan yang serba indah. Thanks again kepada Puan Zuraida’s family atas tugasan dan kepercayaan yang diberikan kepada saya🤗.
...
Diringkaskan hubby Moose juga turut terlibat pada saat akhir atas permintaan untuk merakamkan gambar sekitar majlis. Saya turut menambah tugasan emcee ketika majlis akad nikah yang mana saya akur agak gugup kerna agak lama tidak bertugas di pentas pelamin perkahwinan. Bak kata mrs Zue, rezeki tak pernah salah alamat. Saya terus dilamar oleh Pengurus Dewan untuk job emcee namun buat masa catatan ini ditulis saya menolak lamaran dengan baik memandangkan saya perlu meluangkan masa dalam pembesaran anak-anak berikutan hubby Moose juga agak sibuk di lapangan.