Wednesday, December 16, 2020

* Alfatihah buat ABAH | 30 November 2020 *



 ðŸŒ¿ ‎إِÙ†َّا Ù„ِÙ„َّٰÙ‡ِ ÙˆَإِÙ†َّا إِÙ„َÙŠْÙ‡ِ رَاجِعُونَ

Tanggal 30 November 2020 bersamaan 14 Rabi'ulakhir 1442 ABAH saya Encik Md.Shaari Ahmad telah kembali ke Rahmatullah pada jam 9:05 pagi tadi di unit CCU GH Penang.
...
Saya seisi keluarga redha dgn pemergian arwah. Beliau disemadikan di Tanah Perkuburan Bukit Gedong, Bayan Baru selepas zohor sebentar tadi. Semoga roh arwah di tempatkan bersama orang-orang yg soleh. Mohon doakan buat beliau, ampuni kesilapan & tutur katanya. Jika arwah ada berhutang dengan sesiapa, mohon hubungi saya.
...
Sesungguhnya kita milik Allah SWT, dan kepadaNYA jualah kita kembali. Alfatihah. #family #cmcomalaysia #eaqbrothers #familyshaariembun



🌿Assalam alaykom...
Syukur AlhamdulilLah. Hari terakhir kami video call pada Sabtu, 28 Nov adalah hari terakhir ABAH bertemu MAMA setelah sebulan mereka terpisah. Pemergian ABAH dengan tenang setenang wajah terakhirnya dalam senyuman. Walau saya hanya sempat menatap wajah yang telah sejuk dingin, namun doa dan namanya akan sentiasa berada dekat dihati saya. Pengurusan pengebumian berjalan dengan lancar sedari van jenazah, kafan, solah sampai lah ke teratak lahadnya. Adik & Abang akan menjaga MAMA sebaiknya, InshaAllah.
...
Saya berterima kasih kepada semua yang telah memberikan ucapan, sumbangan dan memanjatkan doa buat arwah ABAH saya. Tak mampu saya membalas ucapan setiap satunya. Apa yang bisa diungkap terharu dengan semua doa buat arwah. Doa kalian semua saya amat hargai, dan semoga Allah SWT memakbulkan dan perkenan segala doa yang baik, Ameen.
...
Ya Allah Ya Tuhanku ampunilah dia, rahmatilah dia, maafkanlah dia, muliakanlah kematiannya, lapangkanlah kuburnya, jadikanlah syurga sebagai ganti tempat tinggalnya dan berilah kesabaran dan kekuatan kepada ahli keluarga kami, semoga arwah Md. Shaari Ahmad di tempatkan di kalangan orang-orang yang beriman.
AlFatihah.
...
Jazakallahu Khairan Khatira 🌿
*Sharna Shaari*
1 Disember 2020
#cyanatalks #cmcomalaysia #family #eaqbrothers #familyshaariembun

🌿 Damailah ABAH disana...Semoga rohmu dicucuri rahmat. Ameen.
...
Rasulullah bersabda, “Jika seseorang meninggal dunia, maka terputuslah amalannya kecuali tiga perkara (yaitu): sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat, dan doa anak yang soleh.” (HR. Muslim) #family #cyanasring #cmcomalaysia #familyshaariembun