Assalam alaykom... Eid Mubarak 1440H! Sempena bulan Syawwal yang mulia saya terlebih dahulu ingin memohon maaf atas apa jua kesalahan tindakan atau kata-kata atau sebarang bentuk penulisan saya sepanjang bersama blog kesayangan yang masih sesekali saya cuba luangkan masa untuk mencoret kenangan. Entry yang bakal ditulis adalah panjang ceritanya yang mana saya cuba rangkulkan dalam satu entry sebelum mencari ruang untuk menyimpan beberapa lagi cerita kenangan di sini. Alhamdullilah... Syawwal disambut dengan gembira bersama ahli keluarga dan kini saya serat hamil anak ketiga yang telah menjangkau usia kandungan 8 bulan.
Kesempatan yang ada sebelum bercuti rehat panjang, saya mahu kongsikan cerita perjalanan keluarga kecil kami untuk memiliki rumah kediaman sendiri yang dinamakan #TeratakCyanamoose. Seperti sedia maklum sebelum ini saya menetap bersama keluarga mentua di Shah Alam. Dalam tidak sedar, 10 tahun kami menetap bersama dari sejak berkahwin sehingga memiliki anak kedua. Beberapa kali juga diusulkan untuk mencari rumah sendiri namun dek kerna kediaman di Shah Alam tiada penghuni, maka kami memutuskan untuk terus menetap disana sehinggalah keputusan untuk beredar dari Baitul Ar Rahmah diambil setelah pemergian arwah Tok Baba pada bulan Oktober 2017.
Alhamdullillah.. dipermudahkan, kami mula mencari rumah di kawasan Setia Alam berdasarkan harga rumah mampu milik. Mulanya saya dan hubby Moose hanya bersiar-siar di beberapa kawasan perumahan di Setia Alam seterusnya hubby Moose membuat carian online melalui Mudah.Com dan iProperty. Seterusnya kami melawat sebuah apartment di bawah pemaju PKNS dan kemudian menemui seorang agen. Beliau membawa kami melawat sebuah rumah di Pangsapuri Seri Baiduri. Setelah melihat rumah tersebut, kami memutuskan untuk tidak melawat rumah yang lain dek kerna berasa hati telah berminat dengan rumah tersebut berikutan lokasi rumah di Ground Floor dan tempat letak kereta juga berhampiran dengan lot rumah.
Pemprosesan rumah bermula dari bulan Disember 2017 dan kemudian dalam masa dua ke tiga minggu saya menguruskan pinjaman bank dan urusan peguam. Alhamdullillah minggu ketiga Januari 2018 permohonan pinjaman perumahan dengan Bank Islam telah diluluskan daripada lapan pemohonan yang saya hantar sendiri kepada bank. Tips mudah adalah membuat sedikit kaji selidik dengan mengumpul maklumat mengenai dokumen yang diperlukan dan untuk mempercepatkan permohonan urusan bank, setelah mendapat salinan Sales Purchase Form, saya terus membuat sepuluh salinan dan terus mengedar kepada bank-bank dalam kawasan Shah Alam dalam masa dua hari. Daripada lapan permohonan, saya mendapat lima maklum balas kelulusan dan fasa terakhir saya membuat perbandingan kadar dan jumlah hutang dan kadar sebelum memutuskan untuk memilih pinjaman dengan Bank Islam. Proses lebih mudah dengan Bank Islam yang mana Pegawai BIMB yang sangat mesra walaupun ofisnya di Nilai tetapi kami banyak berurusan melalui What's App. Saya hanya bertemu sekali dengan beliau untuk tujuan tandatangan dan urusan peguam juga dimudahkan apabila saya menggunakan peguam yang sama dengan pihak bank dan lokasi pejabat peguam yang terletak di Shah Alam memudahkan juga urusan peguam yang mengambil masa selama 3 bulan. owh.. satu lagi tips, sebelum membuat carian rumah saya menyemak dahulu maksimum kelayakan pinjaman perumahan bulanan bagi menentukan harga rumah yang mahu dibeli.
Syukur urusan perumahan selesai pada bulan Mei 2018 dan menerima kunci rumah sebelum Syawwal tahun lepas. Pada mulanya kami bercadang untuk memasuki rumah pada bulan Jun 2018 namun ketika itu, keluarga kami sibuk dengan urusan kempen pilihanraya dan bercadang untuk membuat ubahsuai rumah terlebih dahulu, maka pada waktu itu saya menguruskan urusan permohonan pengeluaran wang untuk pembelian rumah daripada KWSP. Memandangkan perancangan kami untuk membuat sedikit renovasi rumah, urusan dengan Interior Designer hanya bermula selepas cuti raya. Saya bertemu dengan pihak Infine Design yang juga rakan hubby Moose memudahkan juga urusan renovasi rumah. Apa yang saya lakukan adalah mencari sampel-sampel rekabentuk yang digemari, saya compile dan finalized dengan Designer. Surprisely, tiba-tiba saya berminat dengan konsep putih, simple dan modern structure berbanding minat sebelum ini lebih kepada tropika. Memandangkan keluasan rumah hanya 920 squarefeet, saya rasakan konsep simple minimalist lebih bersesuaian untuk membuatkan rumah kelihatan lebih besar dan ketika itu bercambah pula semua rekabentuk putih yang menarik hati. smile!. (terkejut juga hubby Moose bila saya menyatakan mahu konsep White Room.. ahaks)
Proses ubahsuai rumah hanya bermula pada bulan Oktober 2018 kerna pending approval dek kerna ketika itu, saya banyak menguruskan urusan keluarga di Penang. Kemudian pihak Infine pula mengalami masalah kekurangan bekalan bahan kayu menyebabkan kelewatan menyiapkan sehinggalah masuk ke bulan Januari 2019. Akhirnya keluarga kami berpindah ke Setia Alam dan mula bermastautin pada 7Januari 2019 kerna urusan taska lil' Emir dan Eijaz telah bermula. Ketika itu ubahsuai rumah telah siap 85% dan terdapat beberapa item yang perlu kami tukar dan tambahkan. Sepanjang tempoh tiga bulan terakhir tahun 2018, saya membuat survey barangan dan membuat pembelian sedikit demi sedikit seperti belian barangan elektrik, perabot dan barang dekorasi.. ehh.. barang dekorasi berkali-kali juga dek kerna minat saya untuk menjelajah pasaraya.. ahaks!.
Reminder.. this is a long entry. Seterusnya akan bercerita dengan selingan gambar mengikut fasa-fasa.
Fasa Menjelajah Carian Rumah Kediaman
Pangsapuri Seri Baiduri terletak di kawasan Taipin 1 Setia Alam. Rumah ini adalah rumah kedua yang kami lawati dan terus jatuh hati dengannya kerna lokasi rumah yang strategik berada di Ground Floor dari keseluruhan 12 tingkat dan tempat letak kereta pula berada paling hampir dengan rumah iaitu hanya di belakang kediaman berikutan lot rumah subsale yang dibeli adalah daripada pemilik berstatus OKU. Kemudahan lain, sepanjang laluan ke rumah terdapat galang besi di laluan pejalan kaki dan simen tinggu seperti ramp untuk kemudahan menolak kerusi roda. Begitu juga kemudahan OKU di dalam tandas utama serta ruangan tempat letak kereta lebih besar daripada saiz biasa.
Kemudahan lain di Pangsapuri Seri Baiduri adalah terdapat surau, dewan serbaguna, taska, laman barbecue, dewan ping pong, kolam renang, cafe, gymnasium, kedai dobi, gelanggang futsal, gelanggang sepak takraw/badminton dan taman mainan kanak-kanak. Maka lil' Emir dan lil' Eijaz di tempatkan di taska berhampiran kediaman rumah. Alhamdullilah rumah subsale yang dibeli sebenarnya telah berusia 4 tahun namun pemilik asal tidak pernah duduk/sewakan kepada orang. Kebetulan pula, rumah tersebut adalah bekas showroom, maka rezeki kami mendapat beberapa fasiliti asas seperti lampu, kipas, siling, kabinet dapur, almari dan ruangan tertutup backyard.
Setelah melawat rumah tersebut, kami mengambil masa lebih kurang seminggu untuk membuat pengesahan dan menyediakan deposit sebanyak 3% dan menandatangi Sales Purchase Form untuk proses permohonan pinjaman bank sebanyak 90%. Dengan itu, wang pendahuluan yang disediakan adalah 10% daripada harga rumah selain menyediakan yuran guaman.
Block 3 Pangsapuri Seri Baiduri
Surau yang terletak di belakang Block 3
Dewan serbaguna terletak di hadapan pintu masuk Pangsapuri Seri Baiduri
Taska Fitrah Minda terletak berdekatan dengan kolam renang
kolam renang yang cantik dengan dua saiz besar dan kecil untuk kanak-kanak
taman BBQ bersebelahan kolam renang
gelanggang futsal bersebelahan playground
playground di belakang kediaman
taska Emir & Eijaz
suasana senja yang dapat di lihat dari kolam renang
dokumen-dokumen yang perlu ditandatangan untuk permohonan pinjaman bank
lil' Emir dan lil' Eijaz ketika sesi Umy dan Aby mencari rumah kediaman
sesi melawat rumah.. ketika ini lil' Eijaz masih dalam di dukung
sesi awal melawat rumah kediaman. Lil' Eijaz pose di atas kabinet dapur asal di rumah tersebut
laluan pejalan kaki dari Block 3 ke taska
sesi melawat ruamah sebelum mengenal pasti bahagian untuk di renovasi
anakanda Emir dan Eijaz bermain di ruang tamu di atas lantai asas
cermin almari asal terletak di bilik tidur utama
sesi bertemu pegawai bank di Aeon untuk tandatangan dokumen pinjaman bank
lil' Emir dan lil' Eijaz yang ketika ini sibuk bersama Umy ke sesi outstation dan juga sibuk menguruskan urusan perumahan.
dokumen-dokumen yang di buat salinan untuk dihantar ke bank-bank bagi permohonan pinjaman perumahan
sesi menjelajah ke bank-bank
sesi urusan pengeluaran wang perumahan di KWSP.. jari masih bertanda selepas pilihanraya umum
Ruang tamu asal. Lil' Emir akan sentisa membawa mainan apabila ke sesi melawat rumah
Penilai membuat penilaian rumah
keadaan asal rumah yang mempunyai kabinet dapur, siling dan lampu
my two lil' Prince!
sesi bermain di taman mainan setiap kali melawat rumah
lil' Emir
Fasa Renovasi Kediaman
Alhamdullillah serahan kunci kediaman yang diterima pada bulan Mei 2018
sesi melawat showroom Interior Designer
our lil' family in pose!!!
tempat letak kereta di sebelah kanan berdekatan dengan lokasi rumah
look at them... happily berlari setelah siap lantai kayu.. hehe
kenangan untuk lil' Emir dan lil' Eijaz
lil' Eijaz yang sudah boleh berjalan dan bermain sendiri
beberapa preloved perabot yang dibeli daripada SIL sebelum beliau berpindah ke USA
bahagian ruang tamu yang ditambah kabinet TV dan bench untuk dijadikan tempat duduk
tambahan partition untuk mengasingkan ruang tamu dan ruang makan
dapur asal yang diguna semula rangka dan hanya menukar pintu kabinet
selfie sambil melawat rumah
swimmin' pool
Fasa Shoppin' TeratakCyanamoose
vase, daun monstera dan bantal yang telah berusia lebih 15 tahun iaitu barangan lama yang digunakan di kediaman Kulim
sesi window shoppin' bersama anakanda EAQ
happy melompat
happy boys masuk troli... hiks
sesi test katil.. hehe
wajib singgah... bermain di ruang mainan
makan di cafe
another session shoppin'.. oppss
look at them.. happy dapat karipap
spot wajib singgah bermain
katil idaman
dah boring shoppin' terus main telefon.. oppss!
favourite spot
sesi shoppin' and datin'.. smile!
must eat!!! meatball!!
selfie pose!
a must have pose!
settled round two.. hiks!
barangan dekorasi kebanyakan dibeli di Ikea
lil' Eijaz @ Ikea warehouse
sesi survey barangan elektrik... dek kerna puan empunya teratak cerewet yang mahu peti ais berwarna putih. nie belum lagi survey saya sendiri ke kedai-kedai sebelum ke kedai final untuk membuat pembelian
hubby Moose yang sentiasa sibuk berurusan di atas talian
survey sambil selfie. As usual saya akan membuat survey dan hubby Moose hanya akan hadir untuk membuat pilihan
area favourite hubby Moose
sesi penghantaran barangan ke rumah
barangan disimpan dahulu tanpa pemasangan kerna ubahsuai masih belum siap sepenuhnya
sesi ke Kinsen Home untuk survey perabot
happy Boov!
lil' Eijaz yang kepenatan tidur semasa sesi lawatan kali kedua ke kedai perabot
lil' Emir test sofa
pose after sales
Alhamdullillah sesi lawatan kali kedua bertemu dengan katil idaman yang mempunyai storage
Fasa Dekorasi TeratakCyanamoose
pemasangan katil oleh staf Kinsen Home
sesi ke Ikea semula untuk penukaran barangan dan sebagainya
lunch time!
barangan Ikea yang menanti pemasangan
hari permindahan barang
gembira bertemu kembali mainan mereka
happy kiddo
hari pertama ke taska pada 7 Januari 2019
hari permindahan barang
gembira bertemu kembali mainan mereka
happy kiddo
hari pertama ke taska pada 7 Januari 2019
hadiah pertama untuk #Teratakcyanamoose dari miss Ami
hadiah-hadiah perkahwinan yang diterima sepuluh tahun yang lalu
nasi kukus Boss di Setia Alam antara menu sebelum pemasangan dapur
favourite part!!!! my rings!!!
another favourite session.. iaitu rak kasut
my favourite spot!!!
the simple living room
ruang kabinet TV dan ruang dekorasi bersebelahan kabinet stor barang
toys again!
EAQ's room
katil bayi yang dibawa bersama setelah mendapat tahu bakal menerima kelahiran anak ketiga
ruang mainan di bilik anakanda EAQ
ruang dapur yang telah diubah suai kabinet berwarna putih
the island yang menjadi pemisah antara ruang dapur dan ruang makan
balang kaca keperluan barangan dapur yang dihias dengan sticker
love it!
peti ais yang dipenuhi stok makanan
ruangan pinggan mangkuk
another monstera yang menghiasi teratak
ruangan backyard yang diubahsuai menjadi bahagian dapur memasak
another favourite area... balang rempah yang diletakkan di belakang pintu
ruangan dobi turut dilengkapi tempat menyimpan sabun
meja makan comel untuk keluarga kecil
Menu Iftar yang disediakan untuk keluarga
simple placemat untuk meja makan
balang kuih raya untuk Eid Mubarak
Monstera theme! love it!
my favourite fresh centerpiece
mrs Cyana @ Seri Baiduri Apartments
Alhamdullillah... rezeki keluarga kecil kami memulakan kehidupan berkeluarga di Teratak Cyanamoose Setia Alam. Tuah rezeki mendapat kediaman di Setia Alam walau sebenarnya tidak pernah terfikir untuk menetap di kawasan itu. Sebelum ini, saya hanya akan ke Setia City Mall dan kebetulan ketika pregnancy shoot lil' Eijaz, saya ke kawasan lalang padang di Setia Alam kerna mahukan tema dedaun lalang. hehe. Masih jauh perjalanan kami untuk membesarkan anak-anak dengan keadaan yang baik. Semoga ALLAH SWT terus meluaskan rezeki, memberi kami sekeluarga kesihatan yang baik dan mendapat berkat kehidupan di kediaman ini. Ameen.
#teratakcyanamoose