Assalam alaykom... sorry for late posting, but better late than never. hiks! Cerita kenangan Eid Mubarak 1440H bersaman tahun Masihi 2019 yang baru sempat mahu diabadikan di blog kesayangan (yang kini telah masuk ke bulan akhir tahun 2019.. opps!!). So, layan gambo sahaja sambil bercerita kerna masih banyak pending entry dan gambar yang tersimpan tanpa penceritaan untuk dijadikan kenangan serta rujukan pada masa hadapan. InshaAllah.
1 Syawwal 1440H jatuh pada 5hb Jun 2019, diringkaskan cerita suspen pada pagi sebelum raya iaitu pada 4hb Jun 2019, flight sepatutnya jam 7.00 pagi tetapi Malindo Air tidak membenarkan saya menaiki pesawat kerna surat kebenaran yang dikeluarkan doktor melebihi tempoh 7 hari penerbangan (surat saya ketika itu 10 hari penerbangan), so terpaksa burnt ticket, pergi semula ke klinik untuk mendapatkan surat terkini dan membeli tiket baru. Cabaran ketika itu saya hamil 34 minggu dan terpaksa pulang ke kampung halaman bersama anak-anak kerna hubby Moose perlu bertugas di pagi Syawwal. Sedikit pengorbanan kecil buat keluarga demi melaksanakan tanggungjawab kepada keluarga besar Wayfarers. Kemudian dek kerna terlewat atas sebab kesilapan ke Terminal KLIA 2 yang mana sepatutnya Terminal KLIA 1, sekali lagi saya kami bertiga bergelut dengan kekalutan masa-masa akhir dan berlarian untuk menaiki pesawat. Masuk sahaja ke dalam pesawat saya terus berlinangan air mata.... kerna penat dan perasaan ketika itu bercampur-baur, bayangkan jika saya tidak dapat menaiki pesawat tersebut maka kami akan mengecewakan keluarga di Penang yang setia menanti kepulangan keluarga kecil kami. Seterusnya cabaran mendukung lil' Eijaz dan menyorong lil' Emir di airport pada tengah malam kerna mereka ketiduran.. huhu. (oh.. saya memang akan sedaya upaya buat sendiri tanpa mahu menyusahkan orang sekeliling kecuali jika ada yang menyapa dan sendiri membantu.. :)). Dan kenangan kami tahun ini beraya tanpa baju raya kerna beg pakaian semuanya tidak dapat 'check-in' bersama maka kami perlu tunggu keesokan hari untuk hubby Moose membawa pulang beg pakaian. hmm..
lil' EAQ yang sempat bermain bunga api pada malam raya di kediaman Jiddy & Jiddah
pagi raya masih memakai pakaian yang sama
juadah raya di kediaman MAMA
facetime Raya bersama hubby Moose
my lil' EAQ bergambar di hadapan dewan majlis persandingan Umy dan Aby
subuh di atas awan... perjalanan pulang ke Kuala Lumpur
my lil' supporters
pagi raya ketiga di KLIA
Raya ketiga di Putrajaya
lil' Emir & lil' Eijaz dalam persalinan biru (lagi biru... ahaks)
lil' Emir & lil' Sum
teruja melihat kura-kura
setup meja untuk sesi makan bersama keluarga
#cyanaootd in batik
Wayfarers Family @ Raya 2019
oh.. my two lil' kiddo
Raya keempat dengan tema batik. Ready untuk menziarahi ahli keluarga
okay sedikit mengenai cerita preparation Syawwal yang mana pasti setiap ibu bapa mahu menyediakan yang terbaik untuk anak-anak. So, saya juga tidak berkecuali dan shoppin' adalah aktiviti kegemaran selain window shoppin'... oppss! Kebiasaan saya akan survey dua tiga kedai sebelum membuat pilihan tak seperti hubby Moose yang lebih kepada one-shop-centre. hiks!
Ikea juga antara tempat favourite-to-pose!!! yang ini MUST-POSE spot! ahaks!
dapat pokok pun dah happy. hiks. tahun ini list to buy lebih kepada barangan rumah dan pinggan mangkuk... (macam la ade orang nak datang beraya. hehe)
sesi fittin' baju yang kebetulan baju saya beli awal untuk AGM KBM dan terus cari baju tema batik yang hampir sama untuk keluarga (Umy berkorban catu baju demi anak-anak.. hehe)
sesi test biskut raya (pastinya sebelum bulan Ramadhan)
akhirnya biskut raya hampir 80% coklat mengikut selera tekak puan rumah
bisku raya pertama kali dihidangkan di Teratak Cyanamoose
Alhamdullillah rezeki tahun ini beraya di kediaman sendiri
sesi teman hubby Moose shoppin'
nampaknya lelaki lebih meriah sekali memborong penuh troli.. hmm..
sesi test kasut untuk lil' Eijaz dan Umy pulak yang over terus beli kerna tema dinasour
baju raya lil' Emir dan lil' Eijaz
koleksi kasut anakanda EAQ
gembira tahun ini lil' Emir dapat jalan-jalan bersama Kakak Sum yang pulang menyambut Ramadhan dan Syawwal di Malaysia
lil' kiddo sempat bermain sementara menunggu ibu-ibu shoppin'
Family of Four. InshaAllah tahun hadapan bakal tambah lagi seorang hero dan pasti Umy yang akan pening untuk mengatur persiapan baju dan kasut anakanda EAQ. Alhamdullillah... rezeki kami menyambut Syawwal bersama kedua-dua keluarga pada tahun ini.