Assalam alaykom... ketika catatan ini dicoret, Parlimen Malaysia telah dibubarkan dan sedang menanti hari penamaan calon pada 28 April 2018 dan Pilihanraya Umum atau PRU ke 14 (General Election 14) yang akan berlangsung pada 9 Mei 2018 yang secara azali mendapat perhatian umum kerna tarikh tersebut jatuh pada pertengahan minggu iaitu hari Rabu maka disebutnya 'the Famous RABU-Rakyat Akan Buang Undi'. Kenapa Rabu sehingga menyebabkan kerajaan sementara memberi cuti umum dan bermulalah sesi perancangan para pengundi untuk mengatur perjalanan. owh.. tiket kapal terbang turut diberi diskaun agar pengundi dapat pulang membuang undi. Jika tidak, ramailah yang perlu mengambil cuti tambahan atau tidak turun mengundi. hmm. Alhamdullilah... kali ini adalah kali kedua saya akan membuang undi dan saya telah menukar tempat mengundi di Shah Alam kerna rasionalnya saya telah menetap di Shah Alam lebih dari 10 tahun dan apabila mempunyai anak-anak, agak terbatas untuk pulang sendirian ke kampung halaman dek kerna hubby Moose juga membuang undi di Shah Alam dan ketika ini kami mempunyai ahli keluarga yang terlibat secara langsung dengan PRU.
Apa yang menarik tentang GE14 adalah percaturan parti-parti politik yang kini semakin banyak cabangnya. hmm. UMNO mengalami pepecahan kepada dua parti dan begitu juga berlaku kepada PAS. Tetapi apa yang paling menarik adalah gabungan parti membentuk kepada DUA nama besar sahaja iaitu PAKATAN HARAPAN (PKR, DAP, AMANAH & PERIBUMI) dan BARISAN NASIONAL (UMNO, MCA, GERAKAN, MIC dan lain-lain) Komponen-komponen dalam setiap Parti membawa kepada pelbagai agama, kaum dan bangsa yang saya kira sepatutnya gabungan besar sebegini telah diadakan lebih awal oleh PAKATAN HARAPAN bagi menunjukkan kebersamaan dalam mencapai objektif memperjungkan hak-hak rakyat Malaysia yang saya kira sedikit tertindas terutamanya pelaksanaan cukai GST, kenaikan harga barang (ehhh... minyak murah sekarang) dan pelbagai berita atau dalam kata dunia media gossip yang kurang enak mengenai pemimpin (Jika satu dunia bercakap mengenainya...adakah masih lagi mahu dianggap berita palsu?). Ini sedikit sebanyak memberi imej negatif dan kurang rasa hormat untuk memilihnya.
BTW saya bukan pakar politik apatah lagi peminat politik cuma saya mengambil tahu serba sedikit dan cuba memahami serba sedikit mengenai dunia politik yang telah dipelajari sejak bangku sekolah dan subjek sejarah amnya menyentuh tentang kuasa politik namun ketika itu saya anggap ianya adalah sejarah dan perlu menghafal fakta untuk mendapatkan A. hehe. Namun apa yang masih segar di ingatan adalah cerita daripada guru sekolah saya mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad atau dikenali sebagai Tun M. Guru tersebut bernama Mahsuri (untung bila nama juga berkait dengan sejarah dan unik, pasti akan diingati anak muridnya) dan ketika itu saya darjah lima. Perdana Menteri ketika itu adalah Tun M dan menariknya guru saya menceritakan tentang perwatakan Tun M iaitu beliau seorang yang tegas dan mempunyai disiplin yang tinggi. Beliau akan memakai uniformnya (design baju yang sama dipakai sehingga kini), memakai name tage dan membawa buku kecil di dalam poket untuk mencatat apa sahaja nota yang dianggapnya penting dan kemudian akan mengimplikasi di Malaysia contohnya sistem 'punch card'. Ini adalah salah satu contoh ringkas. Apa yang mahu disampaikan oleh guru saya adalah untuk menjadi seorang yang berjaya kita hendaklah mempunyai personaliti yang baik.
owh.. kenapa saya menyentuh tentang Tun M? kerna pada mulanya saya berasa kenapa perlu Tun M menjadi PM pada usia 93 tahun? Apakah tiada calon lain yang sesuai? Namun apabila saya mendengar sendiri hujah beliau dan pastinya berkait dengan agenda parti, maka saya akur dan yang paling menyentuh perasaan apabila isteri beliau sentiasa teguh berdiri bersama meniti usia matang namun masih lagi mahu bekerja untuk rakyat dan mahu menyelamatkan tanahair tercinta. Yes.. He is a WISE MAN!!!! Amat benar terasa betapa kerdilnya saya yang tidak mampu untuk menyumbang sesuatu kepada negara.
latest..Alhamdullilah rezeki hubby Moose bertemu dengan Tun M dalam sesi merakam video untuk Media Oren menjelang GE14. Lihatlah sendiri senyuman Tun M yang sama sekali tidak meletakkan faktor usia sebagai halangan untuk beliau terus menyumbang tenaga dan jasa kepada negara. Benar kata Tun M jangan biarkan otak tidur agar anda akan kekal sihat dan cergas.
Namun saya akan menunaikan tanggungjawab sebagai seorang rakyat yang akan mengundi untuk menentukan masa hadapan negara. InshaAllah. Masa hadapan negara yang lebih penting untuk anak-anak saya membesar dalam suasana tenang, aman dan damai. Semoga Malaysia dijauhkan dari kejatuhan ekonomi, bencana besar, kesusahan dan peperangan. Ameen.
Semoga lil' Emir membesar sebagai pemimpin untuk memastikan kesejahteraan bangsa dan negara atau sekurangnya menjadi pemimpin yang berwibawa kepada keluarga. Demi masa depan anak-anak dan warisan, ayuh kita menunaikan tanggungjawab sebagai pengundi di GE14.
Untuk catatan , ini kali pertama lil' Emir dan lil' Eijaz akan turun padang merasai bahang GE14 dan semoga saya dan hubby Moose diberi kesihatan yang baik untuk sama-sama menyumbang tenaga dalam GE14. Selamat mengundi kepada rakyat Malaysia dan buatlah keputusan yang bijak. Peace!!!
#GE14 #PRU14 #jommengundi