"Senja hitam ditengah ladang
Dihujung permatang engkau berdiriPutih diantara ribuan kembangLangit diatas rambutmuMerah tembagaEngkau memandangkuBergetar bibirmu memanggilkuBasah dipipimu air mataKerinduan, kedamaian
Batu hitam diatas tanah merahDisini akan kutumpahkan rinduKugenggam lalu kutaburkan kembangBerlutut dan berdoaSyurgalah ditanganmu, Tuhanlah disisimukematian adalah tidur panjang."
~Ebiet G Ade~
Alfaatihah. Hj Hezri Hj Ali atau mesra dengan panggilan Tok Baba dikalangan keluarga telah kembali ke rahmatullah pada hari Isnin tanggal 9 Oktober 2017 bersamaan 19 Muharam 1439H. ~Ebiet G Ade~
Setelah empat tahun berbaring di katil dan setelah setahun pemergian Tok Mami, kini tiba giliran Tok Baba dijemput Ilahi pada petang diantara waktu zohor yang tenang setelah beliau dibersihkan. Keluarga kami sedia maklum akan kesihatan Tok Baba yang agak nazak sejak penghujung bulan Ogos yang lalu. Ketika itu beliau dibawa pulang dari hospital dengan keadaan kami redha akan kesihatannya yang mungkin telah sampai ke penghujung. Alhamdullillah ramai juga kunjungan ahli keluarga yang sempat melawat Tok Baba. Benar kata itu adalah tanda-tanda empat puluh hari yang terakhir. Ketika tanda akhir menjelang, beliau tidak mampu lagi berbicara seperti biasa, tidak bisa menikmati makanan dan hanya diberi minuman melalui saluran. Apa yang mampu kami berdoa agar beliau dijemput dengan sebaiknya setimpal dengan jasa dan pengorbanan sepanjang hayatnya di dunia.
Empat tahun tidak terasa masa berlalu pabila kami menetap serumah dengan Tok Baba dan bila tiba hari ketiadaan pasti kita akan terasa. Jasad yang sebelum ini baring di katil bersebelahan insan tercinta di sebelah katil yang satu lagi adalah temannya. Benar kelihatan Tok Baba lemah apabila ketiadaan insan tercinta iaitu Tok Mami yang dijemput Ilahi tahun lalu. Ketika itu beliau redha menerima ketentuan untuk hanya berdoa dari katil kerna tidak dapat sama menghantar Tok Mami ke liang lahadnya. Namun apa yang bisa dirakam memori pengorbanan agung cinta kalian berdua. Tok Baba seorang yang kuat akan membawa isterinya ke mana sahaja walau ketika itu Tok Mami sudah tidak mampu berjalan dan telah hilang ingatan dek faktor usia. Tok Baba penuh kesabaran melayan Tok Mami sehingga ke nafas terakhir dan pabila tiba jemputannya, beliau pergi dalam diam dan redha. Semoga roh Tok Baba dan Tok Mami tenang disana.
laporan kematian Tok Baba
kali terakhir lil' Emir melihat Onyang
kucupan terakhir anakanda. Alhamdullilah rezeki brother in law Ustaz Awez mengimamkan solat jenazah di Masjid Seksyen 7 dan rezeki Tok Baba dipermudahkan urusan untuk mengebumikannya dengan segera. Semua urusan selesai menjelang maghrib.
perjalanan akhir Tok Baba meninggalkan masjid dan beliau juga merupakan mantan Imam di Surau Assyukriah Jalan Yadi, Klang.
"ALLAH dah tarik nikmat makan TokBa"... terngiang lagi kata-kata hubby Moose dua hari sebelum pemergian Tok Baba ketika kami menjamah bihun goreng. Menu itu walau paling ringkas ianya merupakan kegemaran Tok Baba. Setiap kali saya masak bihun goreng pasti akan saya hidangkan sepinggan untuknya kerna Tok Baba adalah peminat bihun goreng saya. Kini tiada lagi penggemar tegar bihun goreng selain hubby Moose dan lil' Emir. Tentu sekali saya akan memahat kenangan Tok Baba dan Tok Mami gemar akan masakan bihun goreng saya yang tidak seberapa itu. Penghargaan yang diberi adalah amat tinggi sehingga membuatkan menu bihun goreng saya sangat istimewa.
"Umy... Onyang sakit!!" kata lil' Emir kepada saya sehari sebelum pemergian Tok Baba. YA ALLAH!!!! adakah anak kecil ini bisa merasai panggilan akhir dariNYA. Alhamdulilah lil' Emir dan lil' Eijaz sempat jua bertemu dengan Tok Baba walaupun mungkin mereka tidak mengerti apa. Sekurangnya lil' Emir akan berkata "Onyang go to heaven, Umy" Ameen. Kerinduan itu amat terasa pabila kehilangan benar berlaku dan sejauh mana pengorbanan kita kepada mereka-mereka itu. Semoga Tok Baba ampunkan semua dosa kami dan halalkan makan dan minum kami. Hanya memori indah yang tersemai di jiwa.