Assalaam alaykom... I'm enterting the 3rd trimester dan pastinya keterujaan jelas terpancar ketika sesi bertemu lil' One walaupun sekadar melalui screen komputer. well well lil' One juga half-selfie like Mommy-to-be! Love you lil' One or his current nick name is 'Bebird".. mungkin bunyinya agak lucu atau tiada makna namun bagi saya dan Insan Terchenta pasti Bebird akan membawa sinar kebahagiaan dan kegembiraan kepada keluarga kecil kami telah lama menanti kehadirannya. InshaAllah semoga impian saya untuk mencium dahi Bebird dan impian Insan Terchenta untuk mengazan di telinga Bebird akan dipenuhiNYA. Ameen.
owh.. kenapa "Bebird"? Itu adalah nama pertama yang disebut menandakan keluarga kecil kami bakal menimang seorang putera. Dan kenapa "Bebird' juga kerna panggilan manja itu adalah sinonim dengan Mommy-to-be yang juga manja.. hiks! Tersasar pula cerita, pasti ramai yang mahu tahu nama "Bebird"? erm... setakat ini senarai pendek nama sedang dipertimbangkan oleh Insan Terchenta a.k.a Aby yang mahu nama yang ringkas dan mudah disebut. Manakala Mommy-to-be a.k.a Umy mahu nama seangkatan Aby! ahaks! Harapnya Aby akan menamakan "Bebird" mengikut pilihan Umy sebagaimana Umy memutuskan untuk panggilan Umy untuk sama sepadan dengan Aby walau pada hakikatnya Umy mahu dipanggil Bonda. hiks!
Baiklah ketika catatan ini ditulis, pastinya saya ditemani lil' One a.k.a "Bebird" yang sedang aktif bergerak di dalam rahim yang mana setiap pergerakan itu membuahkan senyuman buat saya. Tiada kesakitan yang dirasai walaupun pada malam hari saya mulai merasa 'Braxton Hicks Contraction' iaitu perut mengeras dan terasa sakit di bawah rahim... hmm. Semoga Umy terus diberi kesihatan yang baik dan memudahkan semua urusan untuk menyambut "Bebird" dengan selamat. InshaAllah.
Umy pose terakhir di airport!
Saat bersama tanda nama istimewa
yes!!! I'm so excited to see you my lil' One
lil' One close up in 4D mode