Thursday, November 19, 2015

* HELLO *

"Hello, how are you?
It's so typical of me to talk about myself, I'm sorry
I hope that you're well.."

 HELLO from the other side

Assalaam alaykom... first and foremost sorry for being silent. Maafkan saya kerna tidak lagi mahu meluangkan masa berceloteh di blog kesayangan ini. Benar saya sangat merindui setiap kata-kata dan setiap cerita malah setiap gambo juga memberi senyuman kepada saya setiap kali melihatnya. Benar saya tidak lagi memberi keutamaan kepadanya kerna saya memilih lebih banyak berehat pabila mempunyai kelapangan. Benar kata jika kita mengulangi perbuatan sama sebanyak empat puluh kali maka ianya akan sebati dengan kita. ohh.. mungkin benar juga pabila setiap hari saya  memilih bangun dan pergi kerja, pulang dan bermain seketika dengan anakanda dan selebihnya tidur agar bisa diulit mimpi yang indah. Benar jika mahu memberi seribu alasan maka panjang huraian alasannya. Yang pasti bila mana melihat koleksi gambo menjadi simpanan semata dalam hardisk, himpuan cerita pula semakin lama menjadi basi maka saya memilih untuk terus tidak menulis apa. hmm. 

Benar minda buntu seketika untuk memilih di mana untuk bermula. Benar jari tidak selancar sebelumnya untuk menaip apa. Benarkah saya kurang efisien seperti yang dirasa? atau saya sendiri berasa bosan dengan sandiwara semasa. hmm. And suddenly I make a comeback! Bila mana mendengar Hello by Adele yang juga album terbaru akan launch esok harinya. ohh.. tiba-tiba saya mengingatkan diri bahawa saya mengemari alunan lagu indah yang mana kadang tidak dinafikan kekuatan dan semangat datangnya dari lagu. Sedih, gembira atau kecewa pasti ada lagunya. Mungkin kerna saya tidak lagi menyanyi sambil memandu dan tidak lagi menumpu perhatian pada alam maya. Yang pasti saya akan berusaha untuk kembali aktif berbicara secara maya. InshaAllah.